;

By: hanie liza

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 26-Sep-2007 21:44 Email | Share | Bookmark
Daging Goreng... Kerabu Jantung Pisang...

Kerabu Jantung
Daging Goreng


Quote:
AMALAN DALAM BULAN RAMADHAN

TENGAH MALAM
Jam 12 malam atau 3.00 pagi hingga fajar Subuh

* Solat sunat wuduk
* Solat sunat Tahajud (dua atau empat atau enam atau lapan atau 12 rakaat) dan berdoa
* Solat sunat Hajat (memohon sesuatu hajat dan berdoa)
* Berzikir (di dalam hati nurani/ingatan sebanyak-banyaknya).

* Tasbih Istighfar (100 kali/70 kali).
(Maha Suci Allah dan dengan segela kepujianNya maka suci Allah yang Maha Agung, aki mohon keampunan kepada Allah Yang Maha Agung dan aku bertaubat kepadaNya).

* Membaca tasbih dan zikir majmuk (sebanyak 100 kali).
(Maha suci Allah dan segala kepujian bagi Allah, tiada Tuhan melainkan Allah, Allah Maha Agung, tiada suatu daya dan kekuatan melainkan dengan Allah).

* Setelah masuk waktu Subuh dan setelah azan Subuh, solat sunat Subuh/fajar dua rakaat, sebelum solat Subuh (antara azan dan solat fardu Subuh). Bacalah istighfar tabih 100 kali dan kemudian berdoa, kerana ini termasuk waktu mustajab doa - antara azan Subuh dengan solat Subuh, iaitu bermaksud: bertasbih dan mohon keampunan (jika sempat waktunya). (Maha suci Allah dengan segala kepujiannya, maha suci Allah yang maha agung aku memohon keampunan kepada Allah yang maha Agung dan aku bertaubah kepada-Nya)




DAGING GORENG

Bahan

500 daging batang pinang [hiris nipis]
100 gm kacang panjang [potong pendek]
1 cawan air
3 s/b cili sos
2 s/b kicap
1 labu bawang besar
3 tangkai cili merah
3 s/b minyak
garam secukup rasa

Bahan Hiris
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang besar
3 cm halia

Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan hiris sehingga wangi.
2. Masukan daging, sos cili, kicap dan air. Kacau rata. Biarkan sehingga daging lembut dan air kering.
3. Masukkan kacang panjang dan garam. Kacau rata dan biarkan beberapa miniit.
4. Masukkan cili dan bawang besar. Kacau rata.
5. Angkat dan hidangkan dalam pinggan.





KERABU JANTUNG PISANG

Bahan

1 biji jantung pisang [rebus sehingga lembut dan hiris]
1 cawan daun ulam raja [hiris halus]
1 cawan santan pekat
2 sudu besar kerisik
3 s/b jus asam jawa secukupnya
1 s/k gula

Bahan Mesin
1 labu bawang besar
2 batang serai
3 cili merah
5 tangkai ciliapi
segengam ikan bilis
sedikit belacan [jika suka]
garam

Cara:
1. Gaulkan semua bahan dan perahkan air asam jawa.
2. Rasakan masin & manis kerabu ini.
3. Hidangkan bersama nasi putih.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net