Sabda Baginda Rasulullah s.a.w.: "Setiap amanalan anak Adam (manusia) itu digandakan satu kebaikan dengan sepuluh yang seumpamanya hingga kepada 700 kali ganda. Firman Allah s.w.t. (maksudnya) :" Kecuali puasa yang dikerjakan untuk Ku, maka Aku-lah yang membalasnya. Dia menahan syahwatnya dan meninggalkan makan kerana Aku" Bagi orang yang puasa itu ada dua kegembiraan, iaitu gembira ketika berbuka (atau berhari raya) dan gembira ketika menemui Tuhannya kelak. Dan, demi bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum daripada bau kasturi."
(Riwayat Muslim dari Abu Hurairah)
SATAR IKAN
bahan-bahannya;
1/2 kilo ikan selayang [ambil isi saja]
1/2 biji kelapa muda [parut]
10 biji cili kering
10 biji bawang merah
1/2 inci halia
sdikit asam jawa
daun pisang
caranya; 1. Iikan dan kelapa ditumbuk.
2. Bawang, cili kering dan hali dimesinkan.
3. Gaul kesemua bahan hingga sebati
4. Masukan garam,gula asam jawa gaul rata.
5. Daun pisang dibentukkan kun [macam buat kelonsong kacang putih] dan masukkan adunan ikan .
6. Tutupkan dan dan cucukkan pada buluh.
7. Bakarkan/panggangkan sehingga agak masak.
8. Angkat dan buangkan daun pisang dan hidangkan.
ikan selayang yg biasa digunakan untuk buat satar ikan atau keropok lekor [kepok lekor]
sebelum dibakar
satelah dibakar
sedia untuk dimakan
CELOTEH KAK LIZA...
Quote:
1. :liya ~~ hehhehe..sabo jela tenguk gambo... 2. Jie jie ~~ boleh sahaja ciplak..bisa diurusin...
3. MaDiHa ~~ boleh juga gunakan oven tapi taklah garing cam dalam gambo..lebih baik bakar dalam kuali..atau gunakan pemanggang ikan tu..letak atas stove/dapor jer.. lagi garing/hangus daun pisang lagi sodap..ada aroma yg tak dapat diceritakan dengn gambo...
4. hana-azmi azfa1967 ~~ kalau tak suka atau susah nak dapat ikan selayang..boleh gunakan ikan parang..tenggiri..kerisi..selar .. or ikan kembung/temenung tu..
5. nana ~~ aceli d Kemaman kalau pagi cuba cari kat pasar..sayang sekali boleh basi..sebab x pernah dengar satar basi..apapun satar kemaman mmg pemes...
6. era eranimn ~~ rasanya kalau makan sekali mmg nak tambah lagi..macam otak-otak ikan tapi bentuk kun jer..
7. MUZA ~~ mmg pernah buat sendiri tapi kalau buat ramai seronok..berbaloi...
8. su cuani76 ~~ isi ikan tu dikikis mentah dari badan ikan dan ditumbuk dengan kelapa supaya hancur dan sebati.. tak perlu rebus..
9. masriyah ~~ tahu tak per... cubalah buat one fine day nanti...
10. suenal67 ~~ mmg ia seakan solok lada tapi dibungkus dalam daun pisang dan dibakar..bau satar ni wangi daun pisang..aceli kkliza dulu masa baru duduk Tganu mmg macam pelik jer tapi dah lama..sedap pulak makan..tu yg belajar buat tapi kalau setakat ..3 orang nak makan ..selalunya beli jer.. 11. suenal67 ~~ sudah tentula sedap..kalau tak takkan ada orang bukan asal Tganu yg dah biasa makan..bila datang Tganu suaha p cari segala ceruk rantau Kemaman..cubala..
12. mamasya ~~ kaliza rasa kalau dah takder yg fresh bakar tu boleh saja beli yg dah siap bakar..[selalunya kat Tganu jer fresh bakar ni] tapi mmg sifat kkliza dari masa muda dulu suka bbelajar dan buat masakan yg anak2 suka makan..payah nak buang sikit la sifat suka menyibuk belajar ni.. 13. kelly lee ~~ kkliza rasa boleh saja bakar dalam oven..cuma jangan buat macam kon tradisional tu sebb takut tak garing ..so buat macam lipatan lepat jer..atau kalau nak lebih mudah lapikkan daun pisang dalam loyang..letakkan bahan yg telah diadunkan tu dan coverkan ngan daun pisang..pastu bakar dalam oven pada suhu 200'C selama 30 minit..kalau nampak tak garing..tambah masa masak sikit lagi..kliza pun maybe akan buat gini gaklah jika teringin makan tapi mahlas nak bakar atau nak cubakan teori ini..amacam...orait tak?.. 14. Penyulawa ~~ wau..sungguh ku tak sangka mamaghock suka makan snack org Tganu ni..nhuda [forum cari.com.my] pernah minta kkliza bawakkan satar ni [dia pesan kat kak ipar di kat Kemaman] banyak sekali semasa kkliza p KL dulu..
Tengok gambar di taq aye dah ade satar ni. Tapi tuannye entah bila nak buat. Dok tangguh2. Kak liza dah buat ok lahhhh. Boleh ciplak sikit resepi kak liza niiii. He he he he
aduhhh sedapnyer satar ikannnn.. mujur baru mkn masa gi penyabong, endau haritu... duduk apartment mana boleh nak bakar mcm kak liza ni.. guna oven agak2 boleh tak
Kalau tak pakai ikan selayang, ikan apa lagi yang boleh digunakan untuk buat satar ikan ni. Saya ni org penang tapi suka makan satar ikan ni, nak cuba buat le.. tolong reply ye kak hanie
k.liza anta la skit kt sye.....sata mmang fav sye kak...nk cri kt sni mmang ssah...mse g kemaman dlu cri sata ni xjmpe....igtkan x de jual rpenye dorang jual belah ptg....sbb tu mkanan ptg dorang....aritu dpt bli pun sata dia cm basi.....klo kt sne mst fresh2 kn........
Kak liza satar tu apa. Tengok bahannya akan-akan solok lada dan sedap ka n masakkan ni asal dari mana? Maaflah kak liza sebab su ni banyak tanya pula sebab su belum pernah makan lagi...
Fri 28-Sep-2007 22:44 Posted by:suenal67
Maknanya memang sedaplah satar ni ye.... kalu tidak takkan kak liza sampai sanggup belajar membuatnya ye dak....Insyaallah satu hari kalu su terserempak kat pasar mlm ka atau mana2 boleh lah cuba... betui dak kak liza
Sat 29-Sep-2007 00:52 Posted by:suenal67
biasa satar tahu makan tp tak tahu bahannya sebenar, ni bila K.liza letak resepinya..tak lah byk bahan2nya cuma nak kena buat kelongsong dan bakar tu yg ambil masa. kalau balik Trg mmg selalu cari sedap...kalau dpt yg baru lepas bakar fresh macam kat bazar Ramadhan tu lagi sedap....
Salam Sis Lieza, kalau kita bakar dalam oven (kira desperate option sebab malas nak nyalakan api tu), mesti boleh kan?? Cakaplah bolehhh ..
Sat 29-Sep-2007 02:35 Posted by:kelly lee
Ni paberet kita
Sat 29-Sep-2007 02:47 Posted by:Penyulawa penyulawa@gmail.com - [Link]
Jawapan Sis Lieza to my soalan kat atas tu is superb! Orite .. Bessssssh..tq
Sat 29-Sep-2007 09:37 Posted by:kelly lee
kat klate pon ado satar..kalo kat KL n P.Jaya pun ado..kat pasar2 tani msti ado biasanya diaorang jual skali ngan otak2..puhhh berry delicesssss...sodappp