;

By: hanie liza

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 28-Sep-2007 15:02 Email | Share | Bookmark
Halba

 


Quote:
Orang yang berpuasa dengan penuh keimanan dan keikhlasan kepada Allah, akan dapat membentuk jiwa yang bersih, dapat menahan nafsu daripada melakukan sifat-sifat tercela dan sebagainya.
Demikian juga dari sudut kesihatan. Puasa dapat merehatkan perut dan membetulkan alat penghadam, mengurangkan kegemukan serta menghilangkan lemak di badan yang boleh menjauhkan penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, lemah jantung dan sebagainya. Justeru, Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya: “Berpuasalah, nescaya kamu akan sihat”.
Hadis ini memberi gambaran yang nyata pada diri kita akan hikmah di sebalik syariat berpuasa. Para pakar perubatan bersetuju bahawa kantung perut yang penuh disebabkan banyak makan adalah punca utama kepada bermacam-macam penyakit terutamanya kegemukan yang menyebabkan timbulnya pula penyakit lain.
Maka puasalah satu-satunya cara yang dapat memelihara anggota badan daripada semua penyakit kerana melaluinya unsur-unsur racun dalam makanan dapat dineutralkan setelah berpadu antara satu sama lain.




Halba merupakan sejenis rempah yang terkenal semenjak dahulu lagi. Nama sains halba adalah Trigonella foenum-graecem.

Rasulullah saw bersabda :

" Sekiranya umatku tahu akan kelebihan Halba nescaya mereka sanggup tukarkannya dengan sebanyak timbangan emas "
( Books of Sufi Healing m.s.58)

Pada suatu hari Rasulullah saw menziarahi sahabat Saad bin Abi Waqqas yang sedang sakit. Rasulullah saw menyuruh dipanggil tabib. Al Harith Ibn Qaldah datang merawat Saad bin Abu Waqqas. Beliau mengesyorkan agar Saad makan Halba dan Korma Ajwa'. Dengan izin Allah Saad pun sembuh dari sakitnya. Rasulullah saw kemudiannya bersabda :

" Gunakanlah Halba sebagai ubat"
( Qamus Al-Tibb � Ahad Qodamah-Mesir)

KEGUNAAN Halba

1. Diminum sebagai teh untuk
- Melancarkan haid
- Menghilangkan kembung,sebu dan senak
- Pencuci perut
- Menguatkan jantung
- Menghilangkan lender tekak
- Melegakan sakit kepala/ migraine
- Membuang angin
- Menyembuhkan buasir
- Senggugut
- Merangsang rahim
- Kegemukan
- Kurang berat badan
- Mengawal kencing manis
- Radang kulit dan Bisul

2. Teh Halba + Madu
- Kurangkan ketagihan rokok dan dadah
- Anemia

3. Untuk anak2 yang baligh
- kecergasan
- kekuatan badan
- Tumbesaran

4. Untuk ibu menyusu
- Banyakkan air susu

5. Halba juga adalah ramuan tradisi menambahkan nafsu lelaki dan wanita.

Memanaskan buah pinggang dan organ pembiakan. Menjadi amalan kuno tabib China untuk rawatan mati pucuk.

Halba merupakan antara ubatan yang tertua di dunia dan digunakan oleh Al-Abqirad ( Hippocrates) iaitu bapa perubatan Yunani.

Di Terengganu halba adalah salah satu ramuan dalam adunan nasi dagang.

MANA NAK DAPAT Halba

Halba boleh dibeli di kedai mamak atau dah di pek secara komersil di pasaraya.

InsyaAllah sembuh dengan izin Allah jua.




CELOTEH KAKLIZA...

Quote:
1. Muna ~~ hehehhe..sama-sama kasih..dah nak raya..so kasi meriah ngan lagu raya pulak..
2. suenal67 ~~ mmg betui..kat Utara mmg tumis kari ngan halba campur..hanya minum air sajala...even nak kurus pun boleh juga cuba minum air halba ni....
3. maklanglina nazdin_2000 ~~ sama-sama..dah mula buat kueh dah yer...
4. inaa ~~ kakliz apun mula dengar nama kueh ni macam pelik jer..ingatkan cik abas mana yg demam..rupanya kueh tu nama gitu..
5. zas zasamah_2005 ~~ mmg betui..org lama dulu mmg akya ngan ilmu perubatan semula jadi ..depa ni try n error kot ...
6. kak jie jie ~~ TQ jie..FP jie juga tak kurang hebat ngan info herba..seronok kkliza baca...
7. ummi@aqil sh.shada ~~ nampaknya kkliza pun bila masak nasi dagang bolehlah lebihkan sikit halba ni...cantik pun yer juga bila ditaburkan dalam nasi tu...
8. MUZA ~~ nanti kkliza cuba yer..kak liza pun biasa juga masukkan dalam kuah percik ..sedap gak..










View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net