;

By: hanie liza

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 28-Sep-2007 22:05 Email | Share | Bookmark
Kerabu Taugeh.. Lemak Ciliapi Ikan dan Belimbing

Kerabu Taugeh
Ciliapi Ikan dan Belimbing


Quote:

Bulan Ramadan yang pada bulan itu diturunkan al-Qur`an, sebuah petunjuk bagi manusia dan bukti-bukti nyata bagi petunjuk itu serta standar ukuran (untuk membedakan yang benar dan yang salah).
Maka, barangsiapa di antaramu menyaksikan (bulan sabit sebagai tanda malam pertama) bulan Ramadan (di tempat tinggalnya), haruslah ia berpuasa pada bulan itu.
Dan barangsiapa sakit atau dalam perjalanan (sehingga meninggalkan puasa), maka (diwajibkan atasnya mengganti puasa) sebanyak hari-hari (yang ditinggalkan) pada hari-hari yang lain (hari-hari selain bulan Ramadan). Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan Dia tak menghendaki kesukaran bagimu. (Dia ingin) agar kamu menyempurnakan jumlah yang sama (jumlah hari pada bulan Ramadan), dan agar kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang telah diberikan kepadamu, dan agar kamu berterima kasih" (Q., s. al-Baqarah/2: 183-185).




KERABU TAUGEH

Bahan

300 gm taugeh [basuh dan toskan]
50 gm carrot [parutkan/sagat panjang]
1/2 cawan kelapa goreng [tumbuk]
1 labu bawang besar [hiris]
6 biji limau kasturi [ambil jus]
1 s/b sos ikan [optional]
1 s/k gula

Sambal [mesinkan/tumbuk]
5 biji cili merah
6 biji ciliapi
2 sm belacan
2 s/b ikan bilis
1 s/b jus asam jawa

Cara
1. Taugeh dibersihkan. Basuh dan toskan.
2. Gaulkan semua bahan sambal dan sayuran.
3. Rasakan masin dan masamnya.
4. Hidangkan.

NOTA:
Taugeh dan carrot sagat tidak perlu direbus/celur supaya mendapatkan kerangupan sayur itu.




LEMAK CILIAPI IKAN & BELIMBING

Bahan-bahan

3 ekor ikan selar [boleh gunakan ikan kembung/tenggiri atau bawal]
2 cawan santan pekat
2 cawan santan cair
10 biji belimbing buluh
1 helai daun kunyit [koyakkan]
garam

Bahan kisar:
15 biji ciliapi
2 cm kunyit hidup

Cara
1. Ikan dibersihkan dan potong 2. Basuh dengan asam limau dan bilas. Toskan
2. Masukkan semua bahan kecuali santan pekat dan belimbing buloh dalam periuk.
3. Masakkan sehingga mendideh sambil sentiasa mengacau supaya tidak pecah minyak.
4. Bila nampak mendideh masukkan santan pekat san belimbing buloh.
5. Kacau lagi perlahan sehingga mendideh.
6. Tutup api dan hidangkan.


CELOTEH KAK LIZA..

Quote:
1. kak jie jie ~~ ye..kkliza ada tanam pokok belimbing tu..sentiasa berbuah sampaikan tak abus makan..pastu kkliza selalu kasi jer kat kawan2 dan jiran2 disini...sib baik asben kkliza x kisah apa saja yg kkliza masak asalkan tidak pedas berapi...
2. Penyulawa ~~ bukan x mo bawak..tapi selalunya kalau p KL..sure lepak kat hotel 2..3 ari dulu pastu baru sempat jumpa geng/sedara..so buah belimbing tu layu abis...
3. MUZA ~~ lauk tu semuanya untuk makpak jer..anak2 kkliza buat lauk depa jer..sweet-sour ikan..tak tulis sebb selalu sgt dah masak tu..
4. inaa ~~ kalau duduk deka tngan kkliza akan kkaliza supply free jer buah ni...




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net