;

By: hanie liza

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 29-Sep-2007 22:13 Email | Share | Bookmark
Donut dan Sosej Roll..Lemak Labu & Pucuk Manis

Lemak Labu & Pucuk Manis
Sosej Roll
Donut


Quote:
Ciri-ciri orang2 yang rugi di bulan Ramadhan:-

1. Orang yang tidak berpuasa di bulan Ramadhan.
Adapun org yg tidak berpuasa itu 2 golongan; org yang tidak berpuasa secara zahir (makan, minum dsb) dan org yang tidak berpuasa secara batin (tidak menjaga mulut, mata dan telinganya)

2. Orang yang meninggalkan sunnah Rasulullah SAW.
Antara contoh sunnah Rasulullah SAW adalah menunaikan solat terawikh, bangun malam untuk beribadah dsb

3. Orang yang hatinya langsung tidak mahu mengharapkan keampunan dari Allah SWT.
Sama-samalah kita muhasabah diri, gunakanlah peluang yang ada di bulan Ramadhan yang mulia ini untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Wallahualam.




MASAK LEMAK LABU & PUCUK MANIS

Bahan

1 ikat sayur pucuk manis [ambil daunnya]
500 gm labu kuning [buang kulit & biji ..potong kecil]
2 cawan santan pekat [1/2 biji kelapa]
1 cawan air
1 labu bawang besar [hiriskan]
2 biji cili merah [hiris]
2 s/b udang kering
garam

Cara
1. Rebuskan labu dengan air sehngga lembut.
2. Bila dah mendideh masukkan semua bahan lai kecuali santan pekat dan biarkan mendideh lagi.
3. Masukkan pula santan pekat dan sentiasa kacau supaya tidak pecah minyak..
4. Bila nampak mendideh tutup api dan boleh hidangkan.






DONUT

Bahan A

600 gm tepung gandum
100 gm tepung naik sendiri
100 gm gula
50 gm susu tepung
1 s/k garam
11 gm [ 1 paket] yis mauripan
1 biji telur [pukul sikit]
330 ml air
1 s/k bread softener

Bahan B
70 gm majerin

Bahan C [untuk goreng donut]
500 ml minyak
1 s/b majerin

Cara
1. Gaulkan semua bahan A supaya sama rata.
2. Masukkan pula bahan B dan kacau rata menggunak mesin selama 20 minit.
3. Perapkankan selama 1 jam atau sehinga naik sekali ganda.
4. Ambil adunan dan canaikan supaya rata. Terapkan dengan acuan donut.
5. Biarkan donut naik lagi selama 20 - 30 minit.
6. Panaskan bahan C dan masukkan donut . Perlahan api.
7. Goreng donut sehingga kuning keemasan.
8. Angkat dan golekkan dalam gula kastor. Hidangkan.


oleh kerana anak kkliza nak makan sosej roll juga so kak liza pun buat sosej roll ngan adunan ni...
kes mahlas dan nak cepat..
alhamdullah menjadi dan tak sempat nak ulang makan 2 kali..
licinnnnn..abis ...




1. Bahagikan adunan pada 60 gm setiap dan buatkan bulat2. Ketepikan.
2.. Ambil 1 doh dan gelek supaya menjadi panjang (macam kopok lekor) dan lilitkan dikeliling sosej yg telah direbus dan tos kering.
3. Perapkan sehingga saiz roti naik sekali ganda.
4. Sapukan dengan kuning telur dan taburkan sedikit bijan.
5. Bakar dalam suhu 200'C selama 20 -25 minit atau sehingga kuning keemasan.
6. Keluarkan dan sapukan majerin untuk kelihatan berkilat dan menarik.
7. Keluarkan dan sapukan majerin pada roti yg telah masak.







CELOTEH KAK LIZA...

Quote:
1. kak jie jie ~~ wauuu..mmg kena pada set masakan tu...ada sambal belacan n ikan kering...
2. MamaFaMi ~~ tengah upload entry anak dara kkliza suruh anto ke bus-stop..pastu g umah maklang lina tunjukajar projek biskut dahlia..tu yg separuh jalan jer..akan tulis resepinya....
3. Sabrina ~~ resepi dalam perjalanan..cubalah massukkan pucuk manis..mmg sedap..warna pun cantik..
4. mamasya ~~ mulanya ingat nak buat coating coklat gak tapi dah kesuntukan masa..so buata pa yg sempat je laa..
5. suenal67 ~~ a'ah..MIL kkliza mmg sebut sayur asin-asin..masin ker sayur ni...
6. lynnhassan ~~ kalau kkliza mahlas..mmg beli jer tapi selalu dapt yg kureng sedap..so tu yg paksakan diri buat juga...pasni kkliza nak buat yg frozen..so bila nak makan just bakar jer..





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net