;

By: hanie liza

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 2-Oct-2007 22:05 Email | Share | Bookmark
Lemak Ciliapi Ayam

 


Quote:
Bulan Ramadhan adalah:

1. Bulan yang penuh Barakah.

2, Pada bulan ini pintu Jannah dibuka dan pintu neraka ditutup.

3. Pada bulan ini Setan-Setan dibelenggu.

4. Dalam bulan ini ada satu malam yang keutamaan beramal didalamnya lebih baik daripada beramal seribu bulan di bulan lain, yakni malam LAILATUL QADR.

5. Pada bulan ini setiap hari ada malaikat yang menyeru menasehati siapa yang berbuat baik agar bergembira dan yang berbuat ma'shiyat agar menahan diri. (dalil 1 & 2).




LEMAK CILIAPI AYAM

Bahan

1/2 ekor ayam [buang kulit & potong kecil]
3 biji kentang [belah 4]
1 helai daun kunyit [koyakkan]
2 cawan santan pekat [1 biji kelapa]
garam

Bahan Mesin Halus
20 tangkai ciliapi
3 cm kunyit hidup
3 cm halia
2 tangkai serai
1 cawan air

Cara
1. Masukkan semua bahan kecuali santan pekat dalam periuk dan masak sehingga mendideh dan ayam juga kentang lembut.
2. Masukkan santan pekat dan sentiasa kacau sehingga mendideh semula.
3. Rasakan garam dan tutup api.
4. Hidangkan dengan nasi putih.


CELOTEH KAK LIZA...

Quote:
1. rani ~~ best...cubalah buat sekali..sure nak buat lagi nanti...kkliza akan balik raya kat Kedah/Anak Bukit rabu ni sehingga 3rd raya..mailah umah boleh kita kenal-kenal..
2. Kak Leen ~~ Waalaikumusalam..Selamat Hari Raya..maaf jika ada terkasar bahasa terlanjur kata...kkliza suka masak ciliapi ni tapi fikirkan anak2 x makan pedas..so jarang juga buat masakan berciliapi..kakliz amasih belum jawap TAG tu..lepas raya nanti yer..le ni mmg bizi sikit...
3. srsfeqah ~~ boleh la cuba nanti..
4. nana ~~ silakan...
5. Haniss ~~ adala buat sikit2...
6. mahzaitul carret_em ~~ hehhehe..macam ahli nujum pulak...
7. Kak Jie jie ~~ kkliza x leh masak selalu..anak2 kecik tu tak makan...
8. maz ~~ W'salam...TQ for being silent reader..nak link tu..silakan..no hal..mmg suka...






View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net