;

By: hanie liza

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 8-Oct-2007 15:54 Email | Share | Bookmark
Projek Kukis Raya - Cornflakes Madu

 
 


Quote:
Kelebihan Lailatul Qadar tentu tidak akan dianugerahkan kepada sebarangan orang dan tidak pula diberikan kepada orang yang ibadahnya hanya pada malam tertentu saja dalam Ramadan.

Akan tetapi fadilat malam mulia itu akan menyinari orang yang benar-benar ikhlas, khusyuk dan istiqamah dalam mempertahankan nilai keIslaman dalam setiap tutur kata, peri laku, akhlak, ibadat dan kegiatan sehariannya.

Hadirnya malam penuh berkat itu akan dinantikan dan disambut dengan penuh keyakinan dan keimanannya, sekali gus melayakkan dirinya termasuk dalam kelompok orang yang dilimpahi kenikmatan syurga dan kebahagiaan abadi.




CORNFLAKES MADU

Bahan A

150 gm butter
90 gm gula kastor
5 s/b madu

Bahan B
150 gm cornflakes [ramaskan sikit]
100 gm bubble rice
100 gm badam cincang panggang

Hiasan
Coklat cair
Coloring rice atau Coklat rice

Cara
1. Panaskan bahan A sehingga butter cair.
2. Masukkan Bahan B dan gaulkan rata.
3. Sudukan dalam paper-cup kecil.
4. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan suhu 170'C selama 10-12 minit.
5. Sejukkan dan hiaskan dengan coklat cair dan coloring rice/coklat rice.


CELOTEH KAKLIZA...
Quote:
1. yanie17 tweessy_17 ~~ waalaikumusalam..TQ kerna sudi mencuba resepi kkliza..n kkliza ucapkan SELAMAT HARI RAYA..ampun mahap dipinta sekiranya terkasar bahasa terlanjur kata..
2. cak ~~ kkliza pun ucapkan SELAMAT HARI RAYA..semoga kita mendapat keberkatan dihari mulia ni..
3. aliz_mie ~~ Salam aidilfitri juga buat aliz_mie..dan samlah kita bermaafan dihari mulia ini..
4. unnamed ~~ sorilaaa..mungkin kebetulan bahan yg digunakan sama..aceli kkliza pun ada resepi ini..so kkliza pun buat bila teruja ngan kukis yg dibuat oleh Puan Penyulawa mengikut resepi Baya..anyway..most of the cornflakes madu mengandungi bahan yg sama..please check with others resepi... n bukanlah tujuan kkliza nak amik resepi Baya...








View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net