Want your
own Fotopage?








 
;

By: hanie liza

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 4-Nov-2007 21:47 Email | Share | Bookmark
Kari Daging Mertuaku

 
inilah kari wajib Mertua kakliza setiap kali raya..
samada raya posa atau raya haji..
kkliza hanya siapkan bahan mentah tapi ditumis dan masak oleh mak mertua..
kiranya kkliza amik part senang la kannnn...




KARI DAGING MERTUAKU

Bahan

1 kg daging [potong kecil]
5 s/b rempah kari daging
2 s/b kerisek
1 biji kelapa [4 cawan santan]
5 biji kentang [belah 6]
1 cawan air
3 tangkai daun kari
1/2 cawan minyak
garam

Bahan Tumbuk Kasar
8 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm halia

Cara
1. Daging dibasuh dan toskan.
2. Perapkan daging dengan rempah kari, kerisek dan sedikit garam.
3. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk kasar sehingga wangi dan agak garing.
4. Masukkan daging, daun kari dan air. Masakkan sehingga daging lembut dan naik minyak.
5. Masukkan santan, kentang dan garam. Biarkan sehingga mendidih.
6. Kecilkan api dan biarkan masak sehingga naik minyak dan pekat.
7. Hidangkan dengan ketupat atau nasi.


CELOTEH KAKLIZA..

Quote:
1. syazwaniadnan ~~ wau..ni mesti syuk tenguk citer "Rendang Untuk Mertua" ...
2. Sabrina ~~ kkliza setuju bebenor...
3. MaDiHa ~~ kalau nak buat makan ngan roti jala..kuahnya kena pekat sikit dan kentang tu potong kecil baru sedap..
4. mama-nina pae5054 ~~ sama-sama kasih...semoga bertambahn ilmu masakan...
5. Haniss ~~ mmg sedap kalau buat gini...
6. Nur ~~ kalau masukkan kerisek..gulai atau akri nampak macam pekat dans sedap jer....
7. minyaklenga ~~ sekali sekalaaa... lepas makan kita jogging laa..baru terbakar kalori makan yg banyak kalestrol...
8. Ahli Dermawan ~~ memang syedappp..
9. Eryne Jasmine ~~ Alhamdulillah...semoga Eryne akan makin mahir dalam masakan...
10. nz nz@akarmegah.com.my ~~ kkliza tinggal kat Terengganu..susah nak amik tempahan wooo...
11. Mat Gebu ~~ kalau nak makan ngan lempeng..buat pekat sikit.dan potong kentang tu kecik..so barulah syedap lagiiiii...








View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net