Want your
own Fotopage?








 
;

By: hanie liza

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 12-Nov-2007 09:53 Email | Share | Bookmark
Makaroni Goreng Pedas

 


MAKARONI GORENG PEDAS

Bahan

500 gm makaroni
300 gm daging cincang
1 tin cendawan butang [belah 4]
1 batang carrot [potong dadu]
3 biji buah tomato mengkal [potong dadu]
1 biji cili capsicum hijau [potong dadu]
5 biji cili merah [hiris kasar]
1 labu bawang kuning besar [potong dadu]
1 ulas bawang putih [cincang halus]
5 s/b cili mesin
3 s/b minyak
garam
daun sup & daun bawang [cincang halus]

Cara
1. Didehkan air dan rebus makaroni sehingga lembut. Siramkan dengan air dan toskan. Gaulkan dengan sedikit minyak.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan bawang besar sehingga layu dan wangi.
3. Masukkan cili mesin dan kacau rata. Masakkan sehingga naik minyak.
4. Masukkan daging dan kacau lagi sehingga nampak naik minyak.
5. Masukkan carrot , garam dan sedikit air. Kacau rata dan masakkan sehingga carrot lembut.
6. Masukkan pula makaroni, cendawan, tomato dan cili capsikum. Kacau rata.
7. Bila dah nampak sebati dan masak boleh hidangkan.
8. Taburkan daun sup dan daun bawang.



CELOTEH KAKLIZA....
Quote:
1. Sabrina ~~ hehehhe..
2. lynnhassan ~~ kakliza mmg suka makanan pedas tapi jarang berpeluang buat gitu sebab kesian anak2 tak tahan pedas..
3. NorAlHidayah ~~ kakliza tunggu feedback yer..
4. zakiah z ~~ pertama kali kkliza dengar masak makaroni goreng gunakan jintan..ada gak ketinggalan ilmu kakliza...
5. Eja ~~ Salam...kakliza sentiasa izinkan adik2 amik resepi sini...
6. MUZA ~~ pernah juga buat baked makarini tapi masa tu kkliza tak reti amik gambo..so gambar tu teruk sangat..






View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net