;

By: hanie liza

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 23-Nov-2007 02:45 Email | Share | Bookmark
Fruits Cocktail Tiramisu

 
 
 
semua anak-anak ada kat umah...so boleh jadi good food tester la kannn...
kakliza pun makin seronok masak..sbb semua masakan habis bila dihidangkan...
arini angin rajin lebih sikit so kakliza pun buatkan...




FRUITS COCKTAIL TIRAMISU

Bahan Kek Coklat
Bahan A

125 gm butter
125 gm gula perang atau kastor
2 biji telur gred B
1 sudu kecil esen vanilla
125 ml susu segar

Bahan B [ Ayak ]
150 gm tepung gandum
20 gm serbuk koko
1 sudu kecil nescafe instant
1 sudu besar baking powder

Cara
1. Butter dan gula dipukul sehingga kembang.
2. Masukkan telur satu persatu. Pukul lagi. Masukkan esen vanilla
3. Masukkan Bahan B yg telah diayakkan berselang seli dengan susu segar.
4. Kacau rata dgn senduk kayu.
5. Masukkan dalam loyang 10 x 10 inci yg telah dilapikkan kertas dan bakar dalam oven yg telah dipanaskan suhu 170'C selama 25-30 minit atau sehingga masak.
6. Sejukkan dan hiaskan dengan topping keju.

Topping Keju
Bahan krim keju:
250 gm keju cream philidephia
1/2 cawan gula halus
1/2 cawan air agar-agar [didihkan 150ml air + 1 s/b serbuk agar-agar]
1 cawan yogurt perisa buahan
1 tin buah2 koktel
1/2 cawan air dalam buah2 koktel

Cara:
1. Tapiskan fruits coktel.
2, Pukul keju cream dan gula sehingga rata/lembut.
3. Masukkan yogurt dan pukul lagi.
4. Masukkan agar-agar cair dan jus buah koktel dan kacau rata.
5. Tuangkan atas kek coklat dan sapukan rata.
6. Taburkan buah2 koktel dan sejukkan dalam petiais beberapa jam.
7. Potong dan hidangkan.


CELOTEH KAKLIZA...

Quote:
1. Ibu Khalish r38566 ~~ betui tu...pelanggan kakliza pun sentiasa menunggu hidangan seterusnya...
2. Haniss ~~ pandai masak tu idaklah sangat tapi yg penting..sentiasa kena masak...demand tinggi....
3. mamasya ~~ memang sedap kek ini..jemu gak makan kek coklat ngan cream coklat jer...dah ramai ni..masak apa pun sure licinnnn...
4. MUZA ~~ dengan anak-anak ni hidangan mmg kena creative...
5. leen mf_leen ~~ agaknya kalau dapur tu boleh bercakap..sure minta ampun untuk cuti kot....
6. zuera mokhtar ~~ apa kata zuera pula cuba....
7. azie ~~ alamak..kalau dekat atau kek ni boleh tahan pos..sure kakliza tolong buatkan...
8. fieza ayang1011 ~~ apa salahnya nak 'curi' untuk dicubakan...kkaliza amat berbesar hati...
9. zas zasamah_2005 ~~ seronoknya ada yg sudi nak mencuba....
10. rinnchan ~~ nampaknya memang kakliza suka pelbagaikan fruits cocktail ni...ada lagi menu/resepi dok tunggu dimasukkan gunakan bahan ini...anak-anak gomoks takper..jangan mak dia yg bertambahn gomoks....



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net