;

By: hanie liza

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 28-Nov-2007 11:38 Email | Share | Bookmark
Menu Bonda

Kari Ikan
Sambal Mangga
arini bonda sekali lagi bonda rajin banget..
so dia pun masak Kari Ikan...tapi sambal mangga terpaksa kkaliza buatkan sebab dia dah penat...




KARI IKAN

Bahan-Bahan:

1 ekor ikan merah/tenggiri/jenahak [dibersihkan]
2 bungkus serbuk kari ikan [bancuh ngan sikit air]
5 biji bendi
3 biji cili hijau
2 biji tomato [belah 4]
1 cawan air asam jawa
1 cawan santan pekat
minyak
garam

Bahan tumis
5 ulas bwang merah ]
2 ulas bawang putih ] tumbuk /hiriskan
1 inci halia ]
1 s/b halba campur
2 tangkai daun kari

Cara:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumis sehingga wangi.
2. Kemudian masukkan rempah kari yg dibancuh sehingga pecah minyak.
3. Masukkan asam jawa tadi [digaul dengan pati santan dan tapiskan]
4. Masukkan ikan. Tambahkan air sedikit supaya santan tak berapa pekat.
5. Kecilkan api dan biarkan mendideh dan naik minyak.
6. Apabila mendidih masukkan bendi, tomato dan garam. Biarkan naik minyak lagi sikit dan tutup api.
7. Hidangkan dengan nasi putih..atau roti biasa/canai




SAMBAL MANGGA

Bahan

5 tangkai cili merah
2 tangkai cili hijau
5 tangkai ciliapi [jika nak pedas boleh lebih]
1 s/b belacan
garam
Mangga masam yg masak cincang

Cara
1. Tumbuk/blend semua bahan kecuali mangga sehingga lumat.
2. Gaulkan dengan mangga yg telah dicincang.
3. Hidangkan.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net