;

By: hanie liza

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 29-Nov-2007 06:42 Email | Share | Bookmark
Kek Dam Dim Dum

 
 
masa besdey kakliza aritu adik kakliza ada buatkan kakliza kek Dam yg dia belajar dari Chef Liza [Chef Celeberiti tu...]
kakliza suka tapi nak buatnya agak payah..leceh sikit..
so kakliza buat jer kek dam ikut suka hati kakliza la kannnn...asalkan ada petak dam dim dum..
kakliza buat adunan kek oren dan kek coklat..
oleh kerana anak2 suka kek coklat tapi kak liza, bonda dan juga Azib [anak no4] fanatik oren...
hasilnyaaa...wallaaaa....




KEK DAM
1 biji kek coklat
1 biji kek oren
kerim lemon
coklat rice

Bahan Kek Coklat
Bahan A

125 gm butter
125 gm gula perang atau kastor
2 biji telur gred A
1/2 sudu kecil esen vanilla
120 ml susu segar

Bahan B [ Ayak ]
150 gm tepung gandum
20 gm serbuk koko
1 s/b baking powder


Cara

1. Butter dan gula dipukul sehingga kembang.
2. Masukkan telur satu persatu. Pukul lagi. Masukkan esen vanilla
3. Masukkan Bahan B yg telah diayakkan berselang seli dengan susu segar.
4. Kacau rata dgn senduk kayu.
5. Masukkan dalam loyang 8 x8 inci yg telah dilapikkan kertas dan bakar dalam oven yg telah dipanaskan suhu 170'C selama 30minit atau sehingga masak. Sejukkan.

Bahan Kek Oren
125 gm butter
125 gm gula
2 biji telur A
1 s/k esen vanilla
1 s/k jus limau sunkist atau sunquick
1 s/k oren paste
200 gm tepung gandum ]
1/2/k baking powder ] ayak bersama

Cara
1. Butter dan gula dipukul sehingga kembang.
2. Masukkan telur satu persatu. Pukul lagi. Masukkan esen vanilla
3.Masukkan tepung gandum yg telah diayakkan dengan b. powder berselang seli dengan jus limau dan pes oren
4. Kacau rata.
5. . Masukkan dalam loyang 8 x 8 inci yg telah dilapikkan kertas dan bakar dalam oven yg telah dipanaskan suhu 170'C selama 30minit atau sehingga masak. Sejukkan.

KERIM LEMON

Bahan

250 gm butter sejuk [kkliza gunakan farmcows]
150 gm gula ising [ayakkan]
1 s/b lemon jus [1 biji lemon]

Cara
1. Potong butter dan pukul dengan mesin sehinggan lembut dan gebus.
2. Masukkan gula dan pukul lagi.
3. Masukkan lemon jus dan pukul lagi sehingga semua sebati.


Cara Melapis Dam
1. Semua kek dipotong panjang setebal 1 inci dan tinggi 1 inci setiap satu.
2. Susunkan berselang seli kek oren dan kek coklat.
3. Sapukan kerim setiap bahagian yg perlu dicantumkan.
4. Susun lapisan kedua berselang seli pula.
5. Sapukan lagi kerim pada semua bahagian
6. Taburkan coklat rice pada semua bahagian.
7. Potong dan hidangkan.


Quote:
kak liza will away for holiday selama 2 minggu..
aduhhhhh...rindunya nak report masakan tapi apakan daya...
schedule kakliza..
30/11 [Jumaat] - 2/12 [Ahad ] Taiping ~~ Remote Control International Show
3/12 [Isnin] - 5/12 [Rabu] KL ~~ asben meeting dan jalan2 kat KL
6/12 [Khamis] - 9/12 [Ahad] Anak Bukit Kedah ~~ back to In-Law
10/12 [Isnin] - 13/12 [Rabu] Penang ~~ asben meeting


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net