Want your
own Fotopage?








 
;

By: hanie liza

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 17-Jan-2008 05:40 Email | Share | Bookmark
Sambal Bilis & Terung Pipit

 
Quote:


pokok terung pipit depan umah kakliza


buah terung pipit


bunga terung pipit



TERUNG PIPIT

~ Merupakan tumbuhan liar di Malaysia.
~ Biasanya boleh dimakan mentah atau dicelur untuk dibuat ulam.
~ Mengandungi 2% protein, 0.1% lemak, 7.9% karbohidrat dan mengandungi banyak fosforus, sedikit zat besi,
~ Banyak vitamin A dan C serta sedikit vitamin BI.
~ Juga dikatakan mengandungi alkoloid jenis steroid yang dikenali sebagai solasodin sebanyak 0.84%. Steroid ini penting untuk menghasilkan pil perancang keluarga.
~ Boleh juga digunakan untuk mengubati retak kulit pada kaki, mencuci darah dengan meminum air rebusannya, melegakan kesakitan, penawar racun ular dan serangga serta menjadi ubat yang berkesan untuk meredakan sakit perut.
~ Juga dikenali sebagai Terung Rembang, Terung Manggul, adalah sejenis pokok ulam yang terdapat di hutan Malaysia.
~ Nama botaninya Solanum tarvum.





SAMBAL GORENG BILIS & TERUNG PIPIT

Bahan

300 gm ikan bilis [goreng garing]
100 gm terung pipit [goreng]
1 s/b cuka
garam
gula
minyak

Bahan Mesin
20 tangkai cili kering
3 ulas bawang putih
10 ulas bawang merah

Cara
1. Panaskan minyak dan gorengkan bahan mesin sehingga garing dan naik minyak.
2. Masukkan cuka dan sedikit gula dan garam. Kacau rata.
3. Bila nampak naik minyak dan garing masukkan ikan bilis dan terung pipit.
4. Siap untuk hidangan.


CELOTEH KAKLIZA....
Quote:
1. rani ~~ pokok ni tumbuh sendiri depan umah kakliza.. besar betui pokok tu... sekali kutip buahnya adalah dalam 4 kilo...kkliza bagi free kat kawan2...
2. masihjelita ~~ kkdg tu ada jugak jual kat pasar tani..kakliza nak bagi le ni buahnya dah berkurangan.. bercampur ngn buah tua..jadi x sedap...
3. MaDiHa ~~ kakliza mmg suka lauk masakan kampung..kkliza dah baca komen maklang untuk MaDiHa..
4. harleena ~~ hehhehe..
5. liza lizaliza74@yahoo.com ~~ w'salam..TQ sbb b my silent reader...n sudi mencuba masakan kakliza n mamafami..mmg betul kkliza tinggal area jalan nak ke air terjun kat kg Chabang tu..kiranya kita ni tinggal berdekatan la...
6. Aliza ~~ sib baik rajin gak buat sambal bilis.. kalau makan ansi ngn kicap jer..amacam...?
7. mummy jam ~~kat depan umah kkliza ada tanah lapang..bukan kkliza tanam..dia tumbuh sendiri...rasanya kat KL pun kalau nak terung ni pun payah gak nak cari..
8. :zuhri ~~ TQ...
9. ain aimanaleya@gmail.com ~~ masa kaklizakecik dulu kami main temebak2 dgn buah ni...kiranya kanak-kanak nakal la tu...
10. ibuSofea navygal842004@yahoo.com ~~ jomlah cuba.tapi yg kelakonya anak kliza ingat kacang peas...
11. kak rus ~~ Liza mmg suka masak sayur..lauk kampung..tapi anak2 kureng..
12. lakinaya ~~ betui tu..masak pulak sayur lemak..ada ikan goreng..sempoi tapi sure bertambah sakan nanti...
13. nor noreziz@gmail.com ~~ betui tu ada dipanggil terung beanda..kita serupalah main perang2 ngan buah ni ..pastu sure mak marah sebb bleh makan dibazirkan saja...
14. << jeff >> ~~ samalah kita..kaklza pun main combat gak..tapi ngan adik2 jer...
15. MamaFaMi ~~ memang comei..anak kkliza ingat kacang peas..bila makan ada banyak biji..terus diludahnya...
16. lynnhassan ~~ sayangnya terung tu.. lenkali just rebus jer..pastu makan..atau buat jer gulai ciliapi ngan ikan..
17. ayangs78 ~~ TQ..cantik ekronsang tu ...tpi kkliza dah ada banyak laa...
18. atiey ~~ pokok terung ni mmg ladybird suka lepak situ..tapi pokoknya mmg tak lama hayatnya...buah pulak kalau tak dikutip..bertaburan jatuh dan tumbuh anak dia..
19. leen mf_leen@yahoo.com ~~ hehhehe..
sedap terung tu buat sambal macam kak liza, buat ulam
20. umi-kal ~~ terung ni boleh masak macam2..gulai siam..ciliapi..rebus..bakar..sambal goreng..sambal tumis...
21. Ah Mat Gebu ~~ dulu sebelum pokok ni tumbuh depan umah kkliza..kalau kkliza jumpa 22. boxhousestudio ~~ sayangnya pokok tu dibuat gitu..kkliza seronok dapat tahu roti tu cantik dan gebus sungguh ..kiranya Tun berjaya dgn cemerlang tu...
23. ydzb st_adiwarna@yahoo.com ~~ kiranya terung ni mmg ramai orang main tembak2 termasuklah kkliza..kalau nak pandai masak..rahsianya kena rajin mencuba..lama2 secara tak lansung kita tahu lauk tu masin..tawar,,cukup rempah ratus.. apapun mmg praktis make perpeks..
24.ibnwanza} ~~ biasanya ada jual kat penjal sayu kampung..pasar malam..kena rajin cari..
25. srsfeqah ~~ mmg syukan main tembak2 ngan buah ni..tpi anak2 kita tak der peluang nak main begini..asik main komputer jer
26. Ida Natrah ~~ alhamdulillah...
27. :ida isk ~~ yela..sama ngan mak kkliza..suka masak terung ni sampai sekarang ni..anak kkliza yg no 4 tu ingatkan kacang peas..dia makan..tapi dia kuarkan balik..yg lain ok jer..
28. ayuwajah ~~ TQ..tapi jauh benorlah..kkliza minat bengkel masakan jer..hehhehe
29. pian ~~ masa main tembak2 tu manalah ingat terung ni boleh masak..punyasyuk main lupa segalanya...jaman kanak-kanak riang..
30. hijanahhafiizh ~~ kiranya kat kampung masih banyak tanah..dan burung akan terbangkan benih2 ni untuk hidup kat tempat lapang...
31. Lil Hannah's Closet elizaelies@hotmail.com ~~ TQ..
32. cikokie cikokie@gmail.com ~~ kakliza x buat kueh frozen...tak sempat..kat sini banyak local lady/persatuan buat makanan frozen begini..sedap jugaa..










View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net