;

By: hanie liza

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 23-Jan-2008 02:06 Email | Share | Bookmark
Tomyam Campur

 


TOMYAM CAMPUR

Bahan A

500 gm ayam [potong kecil]
1 batang carrot [potong pendek]
1 biji bawang besar (dihiris)
2 batang serai (diketuk)
8 biji cili padi (diketuk)
2 cm lengkuas (diketuk)
1 ulas bawang putih (diketuk)
1 sudu besar pes tomyam
1 batang celery (potong kecil)
3 helai daun limau purut (koyakkan)
Air & garam secukupnya

Bahan B
100 gm bunga kobis
2 biji tomato (dibelah 4)
2 biji limau nipis (ambil jus)
1 pokok daun ketumbar (cincang)

Cara membuat
1. Masukkan semua bahan A dan renehkan sampai lembut
2. Masukkan bunga kobis dan buah tomato. Biarkan mendideh dan tutup api.
3. Masukkan air limau nipis dan daun ketumbar dan hidangkan.


boleh cuba resepi kak liza ni..
hanya masukkan dalam rebusan ayam dan renehkan sehingga mendideh...


PES TOMYAM

Bahan-bahan

3 s/b cili kering kisar
1 s/b udang kering dikisar
1 s/b belacan
1 s/b asam jawa dibancuh dengan sedikit air
5 ulas bawang putih dikisar
10 ulas bawang merah dikisar
1 s/b gula
garam
2 s/b jus limau nipis
Minyak untuk menggoreng

Cara membuat
1. Campurankan cili kering, asam jawa dan perahan limau nipis.
2. Tumis bawang putih dan bawang merah hingga naik bau.
3. Masukkan udang kering dan belacan. Goreng hingga kekuningan.
4. Masukkan campuran cili kering tadi dan diikuti dengan garam dan gula.
5. Goreng hingga pecah minyak dan tidak terlalu garing.

Nota Tambahan
Ia akan menghasilkan lebih kurang 1/2 kilo paste. Sejukkan dan simpan di dalam peti ais.Boleh digunakan untuk masakan asam pedas, ikan bakar dan nasi goreng.


CELOTEH KAKLIZA..

Quote:
1. MamaFaMi ~~ alahai..mana rajinnya..cili dimesin olehblender..macam buat sambal jer..kalau dh abis kakliza pun belasah Knorr cube gak...samalah kitaaaa...
2. rani ~~ kakliza mmg suka masam-masa...makan gitu jer..kebetulan tak masak nasi...
3. EIna Uzir eina_u@yahoo.com ~~ hehehhe silap orang rasanya ni...
4. EIna Uzir eina_u@yahoo.com ~~ dah agak dah...tak apa..tak marah pungggg....
5. arie ~~ hahhaa..tengah lapo..tenguk apa pun sedap tauuu...
6. Acik badariah@bungalawang.com ~~ betul tu..ikan isi [ikan besar dipotong kecil [tenggiri/merah/ sedap gak dibuat tomyam..
7. boxhousestudio ~~ mmg senang kalau masak banyak2.. even nak wat gulai..just campurkan ngan santan jer..masuk ikan kasi mendideh..dah siap..
8. srsfeqah ~~ setuju sekali dan paling penting bagi kkliza..senang kerja..pastu kan..ini kiranya masakan diet yg sedappp..hehhehe
9. ina inaluv72@yahoo.com ~~Waalaikumusalam...TQ..
10. umi-kal ~~ tula sekali sekala kit abuat sendiri..uji kesedapan air tangan sendiri..




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net