Want your
own Fotopage?






 
;

By: hanie liza

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 27-Jan-2008 14:07 Email | Share | Bookmark
Bubur Asyura

 


BUBUR ASYURA

Bahan:

1/2 kilo gm beras, basuh ..rendam kejap dan dikisar halus
1 kg gula pasir ]
1 kg gula merah ] masak dan tapiskan
2 kg pati santan
600 gm sagu halus, direndam
10 biji pisang emas atau pisang raja, dipotong kecil
1 kg kacang hijau, direbus empuk
1 mangkuk hirisan jagung
1 kg ubi keledek, dipotong dadu
600 gm kacang tanah, digoreng dan dibuang kulitnya
10 ulas nangka masak, dipotong dadu

Cara
1. Masukkan santan ke dalam periuk. Kemudian campurkan tepung beras sedikit demi sedikit dan kacau biar sebati.
2. Campurkan air gula yang siap ditapis.
3. Kemudian masukkan bahan seperti hirisan jagung, ubi keledek terlebih dulu kerana bahan terbabit lambat empuk.
4. Akhir sekali baru masukkan pisang, kacang hijau, kacang tanah dan nangka. Bahan ini akan lembek kalau dicampur terlalu awal.
5. Kacau adunan bubur sehingga pekat. Kalau adunan mula lekang dari periuk bermakna bubur itu sudah masak.

NOTA:
Bubur ni untuk jumlah yang banyak...kalau nak buat untuk keluarga kecil...just buatlah anggaran kita sendiri...SELAMAT MENCUBA...


atau boleh cuba ini...

BUBUR ASYURA [versi manis ~ selalunya dibuat di negeri Utara ]

bahan

1 biji keledek
1 biji keladi
2 biji pisang nangka
1 liter santan [1 biji kelapa]
1 cawan gula pasir
1 cawan gula merah
1 tin jagung manis
1 cawan kacang hijau [rebuskan]
1/2 cawan sagu [basuh dan toskan]
1/2 cawan tepung beras
1 helai daun pandan

cara
1. Keledek, keladi dan pisang dipotong dadu
2. Rebuskan kedelek dan keladi. Toskan
3. Jerangkan santan dengan gula merah, gula pasir dan daun pandan sehingga larut.
4. Masukkan semua bahan dan tepung beras.
5. Sentiasa kacau supaya tidak bergentel.
6. Masukkan sagu dan kacau sehingga pekat dan kental.
7. Bila sagu nampak jerneh tuangkan dalam loyang dan sejukkan.
8. Bila sejuk boleh dipotong dan hidangkan.






sejak Kak liza duduk kat Terengganu selalu dapat yg stail Tganu..

BUBUR ASYURA TERENGGANU

bahan-bahannya:

1 kg beras
1 kg bawang merah(500 gm dimesin ,500 gm dijadikan bawang goreng)
1 kg gula
1 kg daging
1 ekor ayam [potong kecil]
2 kg santan
250 gm kacang hijau
500 gm ubi keledek
250 gm kerisek
5 btg serai
5 cm halia
5 ulas bawang putih
6 s/b rempah asyura [rempah khas untuk bubur asyura]
garam

Topping/Hiasan
kelapa goreng
isi ikan bakar [hancurkan]
telur dadar [hiriskan]

cara
1. Masakkan beras, kacang, keledek,daging dan ayam sehingga lembut dan hancur.
2. Mesinkan bawang merah, bawang putih, halia dan serai.
3. Masukkan dalam rebusan beras dan daging tadi.
4. Masukkan rempah, kerisek, bawang goreng dan santan.
5. Masukkan garam dan kacau sehingga rata dan masak pekat.
6. Tuangkan dlam loyang atau bekas kecil.
7. Sejukkan dan boleh dihidangkan


CELOTEH KAKLIZA...
Quote:
1. :edazman ~~salam..TQ sbb selalu jenguk FP akak..kkliza duk tganu kat Kerteh..
2. MaDiHa ~~ kkliza x kisah asyura yg mana..asalakan dapat makan..hehhee..kat sini leni mmg musim org kacau asyura....nak ulur tu ..sorilaa..dah habis...
3. rani ~~ sama-sama kasih..nanti kasi laporan yer....
4. Mama Haris Hakimi@Along ~~ mak mertua tu buat asyur versi mana?
5. fina ~~ salam perkenalan..TQ sbb selalu tenguk sini...bubur asyura ni seronok buat ramai2..macm kacau dodol..
6. kakyu ~~ jgn laupa makan untuk kkliza sama nanti bila dah siap bubur asyura tu...
7. kak rus kak_rusnah@yahoo.com ~~ tu sebab seronok kacau ramai2..boleh pas pas sudip...
8. :NA ~~ kkliza rasa rempah buur asyura tganu ni mmg khas depa buat..dan banyak jual kat tganu jer...
9. NA ~~ kaklzia pn x dapat tahu dah siar atau belum.. dah lama benaor dah..
10. suenal67 ~~ cuba ..jgn tak cubaaa..
11. masihjelita ~~ samalah ngn kkliza..memul makan bubur asyura.. macam pelik jer..tapi dah lama rasa okey dan tak jadi masalah pulak..
12. hannan6d ~~ kakliza rasa bergntung pada quantiti masakan tu.kalau banyak..maybe amik masa dalam 5-6 jam.macm kacau dodol..tapi kalau buat serba sikit bahannya hanya dalam 2 jam maybe boleh siap la...
13. kak jie jie ~~ sama-sama..2..3 arini akak masih dapat lagi suho..so simpan dlam peti..infact kalau nak frozenkan pn ok....nak makan just defrost atau masuk m/wave sekejp..dah boleh makan..
14. srsfeqah ~~ betul tu..lain negeri lain rasa bubur asyuranya..seronok jugakalau dapat rasa ...
15. izarnis ~~ mmg kalau dok berjauhan dari kampung..sure tak dapat rasa yg original bubur asyura..
16. MamaFaMi ~~ mungkin Mama belum berkesempatan untuk merasainya...
17. mas masmanja_78@yahoo.com.my ~~ wah..amik part yg senang jer yer...kalau dok kampung sure mewah makan bubur asyura ni sbb ramai suka buat..dan kasi jiran2..






View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2014.

ns4008229.ip-198-27-68.net