;

By: hanie liza

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 4-Feb-2008 02:21 Email | Share | Bookmark
Kerabu Daging

 
 
kakliza memang suka kerabu..salad..dan boleh makan gitu jer..
oleh kerana asik kerabu sayur jer..so arini kkliza nak buat Kerabu Daging..
aceli masakan ni pernah dapat tempat kedua masa kakliza masuk dalam pertandingan masakan di Dungun masa zaman kakliza muda dulu ..
nostalgia gitu..
tapi yg seronoknya itulah pertama kali kakliza masuk bertanding...atas dorongan kawan2..
even asben kkliza terkejut atas pencapaian itu..

so pendekkan cerita jom kita layan...




KERABU DAGING

Bahan

500 gm daging tenderloin
3 biji limau nipis [ambil jus]
3 cm halia [ketuk]
1 batang serai [ketuk]
1 s/b lada hitam [mesin]
garam
gula

Bahan Hiris
7 tangkai cili merah [boleh tambah jika nak pedas]
1 labu bawang besar [bawang holland]
3 batang serai
2 pokok daun ketumbar

Cara
1. Daging dibasuh dan rebuskan dengan halia, serai, lada hitam dan sedikit garam sehingga lembut dan kering air rebusan. Sejukkan.
2. Daging dihiriskan nipis dan kecil.
3. Gaulkan semua bahan hiris dan daging.
4. Rasakan masam dan manisnya.
5. Hidangkan.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net