Want your
own Fotopage?






 
;

By: hanie liza

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 4-Mar-2008 16:02 Email | Share | Bookmark
Pulut Serikaya

 
teruja ngan kejelitaan kueh serimuka adik-adik di forum cari.com.my..
kakliza pn buat eksperimen..
tapi teringin pulak nak makan pulut sekaya..kira macam serimuka utara tuuu...




PULUT SERIKAYA

Bahan-bahan
Lapisan Bawah

2 cawan pulut
2 1/2 cawan santan cair + sikit garam

Lapisan Atas
2 cawan santan pekat
1/2 cawan gula pasir
½ cawan gula merah
1/2 cawan tepung gandum
2 s/b tepung jagung
3 biji telur
1 s/t garam


Cara
Lapisan Bawah

1. Basuhkan pulut dan rendamkan beberapa jam sebelum dimasak.
2. Kukuskan sehingga masak.
3. Lapikkan pelastik dalam loyang bulat atau 4 segi berukuran 8 inic.
4. Tekankan pulut yang telah masak tadi supaya mampat dan cantik.
5. Kukuskan semula dan tuangkan adunan bahagian atas.

Lapisan Atas
1. Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan kacau rata. Tapiskan.
2. Masakkan sekejap sehingga naik wap.
3. Tuangkan perlahan-lahan atas pulut tadi.
4. Kukuskan lebih kurang 20 minit.
5. Sejukkan dahulu baru potong dengan pisau pelastik.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2014.

ns4008229.ip-198-27-68.net