;

By: hanie liza

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 8-Apr-2008 13:58 Email | Share | Bookmark
Choc-Orange Cheesecake

 
 
teruja ngan kek dari blog En Mat Gebu kakliza pun mulakan projek..
tpi bila dah siap..nampak macam banyak pula..
so akhirnya kkliza bawa kesurau untuk ditest uji makan oleh kawan2 disana..
alhamdulillah..beres...

tapi kakliza ada buat pindaan sedikit pada topping tu according to my taste la...
n kakliza just copy n paste je resepi dari blog En Mat Gebu yg rajin tu...untungla sapa jadi isterinyaaaa...




CHOC-ORANGE CHEESECAKE

Bahan-Bahannya

130 g mentega
130 g cream cheese
170 g gula perang (brown sugar)
2 camca besar madu
4 biji telur gred A
260 g tepung gandum*
30 g cocoa powder*
1/2 camca teh baking powder*
1/2 camca teh soda bicarbonate*(*disatukan dan diayak)
1 biji oren, parut kulit dan perah jusnya
60 g kacang walnut, cincang sederhana halus [kakliza gunakan badam cincang]

Cara
1. Pukulkan cream cheese, mentega dan gula perang hingga putih,
2. Masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang (masa ni adunan seakan2 berminyak),
3. Masukkan tepung berselang seli dengan jus oren, kemudian diikuti dengan parutan kulit oren. Gaul rata.
4. Masukkan cincangan badam dan gaul rata.
5. Tuang adunan dalam tin berukuran (10 x 10 x 3) inci yang telah disapu dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas.
6. Bakar 30 - 35 minit pada suhu 175'C yg telah dipanaskan terlebih dahulu selama 10 minit.
7. Sejukkan.

Bahan Topping
250 g cream cheese
60 g butter
60 g gula aising, diayak
150 ml yogurt perisa buahan

Cara
1. Pukul bahan2 untuk topping pada kelajuan sederhana hingga putih.
2. Sapu atas kek tadi dan ratakan.
3. Potong dan hias ikut kreativiti masing2 sebelum dihidangkan.





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net