;

By: hanie liza

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 11-Jul-2008 15:38 Email | Share | Bookmark
Trip to Shah Alam

 


last week kakliza ke Shah Alam kerana menghantar anak dara masuk balik ke UiTM..
kakliza bertolak selepas tamat persekolahan sessi petang anak bungsu kakliza..
dalam perjalanan kami semuanya agak keletihan sebb asben kerja siang hari dan kakliza pulak sibuk mengemas dan packing apa yg perlu dibawa...
sampai di Genting Sempah kami terus rehat sampai waktu subuh..
pastu baru bertolak ke UiTm untuk mendaftar kolej anak dara kakliza..

selepas dapat kolej baru [semester ni dia kena dudk kat Kolej Mawar..dulu dia dok kat Kenanga] kami pn ke Giant untuk membeli serba sedikit barangan..


bangunan kolej kediaman anak dara..


biasalah adik akan bergaya sakan atas katil kakak..

lepas asar kkliza pergi ke taman tasik Shah Alam untuk berjumpa mak dan adik kakliza yg datang dari PD...
kami minum petang disitu kerana adik kakliza bawak kueh yg biasa dia supply kat hotel/resort di PD..
tapi kakliza kesihan melihat mak kakliza yg agak kurang sehat....
dia lelah due to batuk yg non-stop sampaikan nak bercakap pn tak seronok...
padahal kami mempunyai banyak cerita nak dibualkan...biasalah perjumpaan anak beranak...

kueh mueh yg dibawakan oleh adik kkliza...


anak bungsu adik kakliza [Alia] seronok bermain di taman..

kami bersurai kira2 jam 7 malam...

taklama kemudain kakliza dapat panggilan dari Kak Intan [kakak angkat kakliza] yg ingin bertemu dan memberikan kakliza sesuatu..
akhirnya kami berjumpa di Seksyen 7 dan kakliza dapat...

pokok oregano...mmg baunya sebijik sebijan macam dry oregano tu...
rupanya Kak Intan adalah "silent reader" dan dia baca entry kakliza mengenai topik Oregano aritu..
dia ada tanam pokok tu yg diberikan oleh sahabatnya juga..
anyway ...pokok tu dah selamat ditanam dalam pasu dirumah kakliza...
so lepas ni sure lagi rajin la kkliza bakar ayam oregano...dan buat pizza kot...
terimakasih banyak-banyak kerana susah payah mencari liza di serata Seksyen 7 tu...

lepas solat isya' kakliza menolong anak bujang kakliza ...


dalam pada tu anak dara kakliza leka membelai...sampaikan...


setelah selesai semuanya kami ramai2 pergi makan di tempat makan berhampiran umah anak bujang kakliza....
tapi sayang suasana riuh bersembang dan lampu kurang terang sampaikan terlupa nak amik gambar makanan..
makanan tu sedap dan yg penting kami makan ramai sampaikan 3 meja [11 orang] pn hanya RM51 jer..
macam tak percaya jer...

lenkali boleh p lepak situ lagi....



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net