;

By: hanie liza

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 11-Jul-2008 18:02 Email | Share | Bookmark
Kueh Cek Mek Molek

 
tidak berapa lama dahulu kakliza diminta untuk memberikan resepi kueh cek mek molek ni..
kueh ni pemes kat Terengganu dan Kelantan..
kakliza pun tak tahu mengapa dipanggil ngan nama ni..
kemungkinan kueh ni comel dan manis ..so itu sebb dipanggil sedemikian...

dibuat dari campuran ubi keledek rebus dan tepung gandum..
adunan dikepalkan dan diisikan dengan gula apsir dan digorengkan sehingga keperangan...
selalunya dijamu sewaktu minum petang...dengan air kopi atau teh..





Bahan
500 gm keledek
½ cawan tepung gandum
½ cawan gula
garam
Minyak untuk menggoreng

Cara
1. Rebuskan ubi keledek dengan sedikit garam sehingga lempuk.
2. Buangkan airnya dan lenyek sehingga lumat.
3. Gaulkan dengan tepung gandum.
4. Bentukkan bujur dan masukkan gula pasir dalamnya dan bentukkan memanjang supaya nampak bujur.
5. Gorengkan dalam minyak yg banyak sehingga kekuningan.
6. Angkat kueh dan toskan minyak. Hidangkan.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net