;

By: hanie liza

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 17-Jul-2008 12:53 Email | Share | Bookmark
Penyu

 
semalam kakliza telah menghadiri majlis 'Pelepasan Anak Penyu' yg dianjurkan oleh opis asben kakliza..
kebetulan anak kkliza no5 tu teringin sangat nak melihat penyu bertelur..
tapi sayang kami tidak dibenarkan lansung untuk mengambil gambar due to penyu sangat sensetif dengan cahaya...
so kkliza akan bercerita tanpa gambar..
walaubagaimanapun kkliza ada amik gambar dari tenet supaya kita sama2 dapat gambaran mengenai penyu ini..

mungkin jadi rezeki kami..bila sampai jer kat majlis tu ada renjer kawasan tu memberitahu penyu agar [penyu hijau] sedang naik kedarat untuk bertelur..
kami pun bersiap dan menunggu..sambil melepaskan anak2 penyu kelaut hanya bercahayakan bulan penuh..sungguh indah dalam gelap gelita tu..
semasa kkliza melepaskan anak2 penyu tu kelaut..sungguh rasa hiba sekali kerana kemungkinan untuk anak penyu hidup adalah begitu tipis disebabkan banyak bahaya dilautan luas tu.

tak lama kemudian kami dibenarkan melihat proses penyu bertelur..
aceli telur penyu itu terus dikutip oleh renjer untuk diperamkan dalam lubang penetasan yg disediakan berhampiran kawasan penyu naik tadi..
selepas sejam bertelur, penyu itu mulai menimbuskan lubang yg dikorekkan tanpa mengetahui telurnya dahpun diambil dan dibawakan ketempat lain..
kali ini dia mengeluarkan sebanyak 117 biji telur
penyu mempunyai taktik menyembunyikan telurnya..
setelah menimbuskan dengan baik dia pun perlahan2 turun kelaut semula...




Pantai Ma'Daerah Santuari Penyu Kerteh



Quote:
Penyu merupakan sejenis haiwan yang mempunyai cangkerang keras di bahagian belakang dengan kaki pendayung di hadapan.
Ini menjadikan penyu sebagai haiwan yang tangkas berenang di dalam air tetapi kekok untuk bergerak di daratan.
Ini berbeza dengan kura-kura yang mempunyai kaki yang serupa bagi keempat-empat kakinya.






Penyu digolongkan di dalam haiwan vertebrata (bertulang belakang), kelas reptilia sama dengan ular, cicak, kura-kura, labi-labi dan tuntung.
Penyu juga mempunyai kulit yang bersisik (di bahagian tidak bercangkerang), bernafas melalui paru-paru, mempunyai suhu badan yang mengikut suhu persekitaran, bertelur dan merupakan haiwan marin.

Mengikut kajian yang telah dijalankan, didapati penyu telah wujud semenjak akhir zaman Jurassic (145 - 208 juta tahun ), iaitu sezaman dengan dinosaur.
Penyu Archelon yang bersaiz 6 meter (20 kaki) panjang ataupun penyu Cimochelys, berenang di laut silam seperti penyu masa kini.
Walaupun penyu boleh menyelam dan berada dalam air untuk tempoh yang lama, tetapi ia mestilah timbul ke permukaan air untuk bernafas. Penyu menggunakan paru-paru untuk bernafas.
Kesemua spesies penyu diancam bahaya kepupusan disebabkan mengalami banyak ancaman semulajadi dan ancaman manusia sepanjang hayat mereka.

Di Malaysia, Rantau Abang, Terengganu, merupakan salah satu daripada 4 tempat penyu Belimbing mendarat untuk bertelur.


penyu belimbing

>Penyu jantan memiliki ekor panjang dan hampir tidak pernah ke darat, manakala penyu betina kembali bertelur di pantai sama saban tahun.

>Penyu amat lambat matang iaitu antara 35 dan 50 tahun tetapi mempunyai jangka hayat antara 80 dan 100 tahun.

>Anak penyu baru menetas pelu dilepaskan segera ke laut. Ketika berenang ke laut lepas, ia bergantung sepenuhnya kepada tenaga tersimpan dalam cengkerang.

>Penyu tidak menangis ketika bertelur sebaliknya me nyingkirkan garam berlebihan menerusi air mata.

>Penyu mempunyai paru-paru dan perlu mengambil nafas di permukaan setiap jam. Apabila terperangkap di pukat, ia boleh mati kerana lemas.

>Hanya seekor daripada antara 100 dan 5,000 anak penyu yang baru menetas hidup ke peringkat matang.



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net