Want your
own Fotopage?






 
;

By: hanie liza

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 18-Jul-2008 10:50 Email | Share | Bookmark
Asam Gumpal

 
Asam Gumpal ini adalah sejenis kueh yg banyak terdapat di pantai timur..
bahannya adalah sagu mata ikan, kacang hijau yg direbuskan dan dikepal sebagai inti..dan dikukus..
dimakan dengan kuah santan campuran halba, halia dan juga bawang..
selalunya ada jual di pasar minggu, pasar tani..




ASAM GUMPAL

Bahan

500 gm sagu mata ikan
1 biji kelapa [3 cawan santan]
1 s/b halba
2 cm halia [hiris]
2 ulas bawang merah [hiris]
1 cawan kacang hijau
1 cawan gula

Cara:
1. Kacang hijau direbus sehingga empok dan nampak pecah.
2. Bila nampak agak kering masukkan gula dan kacau sehingga kering betul.
3. Tutup api dan biarkan sejuk.
4. Bulatkan inti kacang hijau dan ketepikan.
5. Sagu direndamkan dan toskan. Siramkan dengan air panas dan kacau rata.
6. Kepalkan sagu dan masukkan inti kacang hijau tadi.
7. Letakkan dalam kukusan. Kukuskan sagu sehingga masak.[lebih kurang 20 minit]
8. Masakkan santan dengan halia, halba, bawang merah dengan api perlahan sehingga mendideh.
9. Masukkan sagu dan masakkan sebentar.
10. Sejukkan dan hidangkan


kakliza jumpa dalam tenet cara buat kueh ni...
boleh tenguk dan jadikan sebagai panduan..




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2014.

ns4008229.ip-198-27-68.net