;

By: hanie liza

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 23-Aug-2008 23:40 Email | Share | Bookmark
Kerabu Betik Muda [Green Papaya Salad]

 
baru-baru ni kawan kakliza kasi buah betik mengkal..muda putih selepuk..
oleh kerana kami cadang nak buat makan untuk pot-luck lunch so kakliza pun buat kerabu..
bila makan ramai2 ni..aduhai..kerabu lah yg paling best dan dapat sambutan...




KERABU BETIK MUDA

Bahan

1 biji betik muda [anggaran 1.5kgs]
5 urat kacang panjang [racik kasar]
3 biji limau nipis [ambil jusnya]
2 biji tomato buah [potong dadu kasar]
2 s/b sos ikan
1/2 cawan kacang tanah [goreng dan tumbuk kasar]
1 pokok daun ketumbar [racik kasar]
2 s/b gula
garam

Bahan Tumbuk Kasar
3 biji cili merah
5 biji ciliapi
2 ulas bawang putih

Cara
1. Betik dibuangkan kulit dan bijinya. Parut kasar [gunakan magic shredder] atau cincang panjang. Basuh dan toskan.
2. Masukkan semua bahan kecuali kacang tanah dan daun ketumbar.
3. Gaulkan sebati dan rata.
4. Masukkan kacang dan daun ketumbar. Gaulkan.
5. Rasakan manis dan masinnya.
6. Hidangkan.




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net