;

By: hanie liza

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 24-Aug-2008 12:39 Email | Share | Bookmark
Kueh Serimuka Lapis Jagung

 
Quote:
kak liza..mana resipi utk kuih ni?nampak sedap sangat!hrp k.liza leh tulis
resipi dia or email saya..thanks kak liza
Sun 24-Aug-2008 07:20
Posted by:ayu zahra_idayu@yahoo.com

http://hanieliza.fotopages.com/?entry=414097

aceli kueh ni kaklizabuat dah lama iaitu pada 21-Apr-2005 tapi entah camner kakliza boleh lupa pulak tulis resepinya..
tetapi mujur kakliza ada tulis dalam http://www.melayu.com/v2/sembang2/mesej.php?thread=4535 dan juga dalam forum cari.com.my..
so kakliza just copy n paste saja...

pssssttt..kak Intan [kakak angkat kakliza] cakap..sib baik kueh tu dalam gambar..kalau dalam pinggan sure basi tahap kayangan...




KUEH SERIMUKA LAPIS JAGUNG

Bahan-bahan:
Lapisan Bawah
(Kukus hingga masak)
2 cawan pulut [rendamkan 3 jam]
3 cawan santan cair
1 sudu teh garam

Lapisan Tengah(Gaulkan dan masak sekejap atas api)
2 cawan santan pekat
1 biji telur
1/4 cawan gula
1/4 cawan tepung kastad
1/4 cawan tepung gandum
1/2 cawan jagung cream
sedikit garam

Lapisan Atas(Gaulkan dan masak sekejap atas api)
2 cawan santan pekat
1 biji telur
1/4 cawan jus pandan
1/4 tepung gandum
1/2 cawan tepung kastad
1/4 cawan gula sedikit garam


Cara:
1. Masukkan semua bahan lapisan bawah dalam loyang dan kukuskan.
2. Bila telah masak, tekankan dalam loyang 10 x 10 inci lain yg dilapikkan pelastik sehingga mampat.
3. Lapiskan dengan lapisan tengah [adunan jagung].
4. Masakkan anggaran 15 minit.
5. Bila dah masak masukkan pula lapisan atas [adunan hijau pandan] dan kukuskan lagi selama 15 minit.
6. Bila dah masak, sejukkan betul-betul baru di potongkan dgn pisau pelastik dan hidangkan.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net