;

By: hanie liza

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 1-Sep-2008 05:41 Email | Share | Bookmark
Solat Sunat Tarawih




Quote:
Solat Tarawih adalah solat selepas waktu Isyak dalam bulan Ramadhan. Solat ini hukumnya Sunat Muakkad, boleh dilakukan sendiri atau berjemaah,
Jumlah rakaat Solat Tarawih 20 rakaat dengan 10 salam . Lebih baik dengan berjemaah .

Lafaz niat: (Solat Sendiri)

Sahaja aku Solat Sunat Tarawih dua rakaat kerana Allah Ta'ala

Lafaz niat Solat Tarawih: (Solat Berjemaah)

Sahaja aku solat sunat Tarawih dua rakaat(Imam atau makmum) kerana Allah Ta'ala

Sembahyang Tarawih ialah sembahyang yang sangat dituntut (mu’akkad) melakukannya. Ia bertujuan kerana mengajak umat Islam berjaga pada malam bulan Ramadhan dengan melakukan berbagai ibadat dan amal salih seperti berdoa, beristighfar, membaca al-Qur’an, bersembahyang dan lain-lain ibadat.

Sembahyang Tarawih itu bermula sebaik sahaja seorang itu selesai daripada mengerjakan sembahyang fardhu ‘Isya (seeloknya selepas mengerjakan sembahyang sunat Ba‘diyah ‘Isya’ kerana sembahyang tersebut juga dituntut (mu‘akkad)).

Waktu Tarawih itu pula berkekalan sehingga terbit fajar. Ia dikerjakan dengan dua-dua rakaat. Jika dikerjakan sembahyang Tarawih itu empat rakaat dengan satu salam, maka tidak sah sembahyangnya, kerana menyalahi yang disyariatkan. (Al-Majmuk: 4/38)




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net