;

By: hanie liza

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 3-Sep-2008 23:55 Email | Share | Bookmark
Kerabu Sotong & Suhun

 


Quote:
AMALAN PUASA

Oleh: Abdullah Abd. Rahman [pendakwah bebas]


Sunat-sunat puasa


* Makan sahur serta mentakhirkannya.

* Segera berbuka dan sunat berbuka dengan buah tamar [buah kurma] atau benda-benda yang manis atau air. Buah tamar adalah makanan yang terbaik dari segi agama dan kesihatan dan jika tiada buah tamar berbukalah dengan air kerana ia dapat menyegarkan badan.

* Berdoa setelah berbuka - Rasulullah s.a.w berdoa setelah berbuka dengan ucapan, mafhumnya, Wahai Tuhanku aku telah berpuasa untukmu dan aku telah berbuka dengan rezeki kurniaanmu.

* Mengadakan jamuan berbuka puasa – Menjamu orang-orang berbuka puasa adalah satu kebajikan.





KERABU SOTONG & SUHUN

Bahan

500 gm sotong sederhana besar
50 gm suhun [rendam dan celurkan air panas]
3 s/b jus limau nipis
1 s/b sos ikan [boleh gantikan kicap cair + 1 s/k kiub ikan bilis dihancurkan]
1 s/k gula
garam [jika perlu]
2 pokok daun ketumbar [racik kasar]

Bahan Tumbuk
3 tangkai cili api
3 tangkai cili merah
2 ulas bawang putih

Bahan Mayang
2 kuntum bunga kantan
1 labu bawang besar
1 batang timun [kecil]
3 tangkai cili merah

Cara
1. Sotong dibersihkan. Buangkan kulit dan potong bulat.
2. Masukkan sotong dalam kuali dan masakkan sehingga keluar airnya.
3. Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan gaul rata.
4. Rasakan masam dan masinnya.
5. Hidangkan.

Nota;
Masa masak sotong dalam kuali tu jgn masukkan air nanti sotong tu akan berkuah due to sotong akan keluarkan air semasa masak.




Quote:
1. amal5041 amalhayati68@gmail.com ~~ Salam Ramadan..wah bestnya..nanti kkliza balik Kedah teringin juga nak date..tunggu....
2. MaDiHa ~~ Salam..mmglah kalau beli jrg yg sedap..kakliza pun suka buat sendiri..boleh makan ramai2..puashati..
3.fara farah_aris@yahoo.com ~~ salam..selamat berpuasa..semoga ibadah kita lebih baik dan mendapat keberkatan dari Allh SWT..
4. diaNa ~~ selamat Berpuasa juga pada diaNa..
5. yuniza yun_niza@yahoo.com ~~ mmg betui..masukkan jer sotong tu..bila dah panas kuali tu otomatik air akan keluar dari badan sotong.
6. mummy jam ~~ jom cuba..pastu kasi repot kat sini..
7. rozamy amelia@pernec.com.my ~~ salam.. cubalah.. InsyaAllah tidak rugi...
8. yushasnita md yunos sayanghasni@gmail.com ~~ Salam..ooo Yus dah dapat masukkan algu dalam FP yer..Alhamdulillah..nanti asben dah balik bolehlah menerai resepi pulak..
9. House of Hazienda hazienda_enterprise@yahoo.com ~~ Salam Ramadan Al-Mubarak..
10. silversarina ~~ Salam Ramadan A=Mubarak buat Rina sekeluarga juga....biskut raya ada kat link Biskut..semoga berjaya mencuba resepi yg dicari..
11. Mamasya ~~ memang banyak org suka buat kerabu bila bulan posa.agaknya pembuka selera selepas berpuasa seharian..
12. shariza mamanurin2002@yahoo.com ~~ Salam Ramadan Al-Mubarak..seronok kakliza baca Sariza rajin memasak...
13. ZURA nbm_zura@yahoo.com ~~ Salam Ramadan Al-Mubarak..terimakasih kkliza juga buat Zura sebab sudi memasak resepi kak liza..nak buat cream kek tu boleh tenguk kat link kek tepi kiri FP ni..
14. mambo ~~ Salam Ramadan Al-Mubarak..
15. kak jie jie ~~ Kakliza rasa Mamasya ni mmg pandai masak..kerabu mmg jadi peberet org berpuasa..cuba tenguk kat Bazar Ramadan..sure banyak kerabu dijual tapi kesedapannya tu belum tentu sedap saperti kita buat sendiri..


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net