;

By: hanie liza

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 7-Sep-2008 06:19 Email | Share | Bookmark
Roti Gulung

 

Quote:
SYARAT-SYARAT WAJIB BERPUASA

Syarat-syarat wajib puasa ada empat perkara:

* Islam - orang-orang kafir tidak wajib berpuasa.

* Sampai umur - kanak-kanak yang belum cukup umur tidak wajib berpuasa.

* Berakal (siuman)-orang yang gila tidak wajib berpuasa.

* Berkuasa (berdaya) berpuasa - orang yang sakit merbahaya, orang tua yang lemah dan sebagainya tidak wajib berpuasa.

* Bermukim - orang yang dalam pelayaran (musafir) lebih daripada dua marhalah tidak diwajibkan berpuasa, tetapi wajib mengqada'nya di hari yang lain.






ROTI GULUNG

Bahan Roti

roti sandwich secukupnya
telur [pukul sebati]
breadcrumb
500 ml minyak k [untuk menggoreng]

Bahan Inti
1 mangkuk isi ayam [potong dadu kecil]
10 tangkai kacang buncis [potong kecil]
1 batang carrot [sagat/parut kasar]
1 labu bawang besar [potong dadu]
2 ulas bawang putih [cincang halus]
2 tangkai cili merah [cincang kasar]
1 pokok daun bawang [racik kasar]
1 s/b lada hitam [tumbuk halus]
2 s/b minyak
garam

Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan bawang besar sehingga wangi.
2. Masukkan isi ayam dan lada hitam. Kacau rata. Masak sehingga lembut.
3. Masukkan kacang buncis, carrot, lada merah dan garam. Kacau rata.
4. Bila dah masak masukkan tutup api dan masukkan daun bawang. Kacau rata. Masukkan dalam mangkuk.
5. Roti digelek nipis. Letakkan inti dan gulung.
6. Celupkan gulungan roti dalam telur yg telah dipukul.
7. Golekkan dalam breadcrumb.
8. Gorengkan dengan api sederhana sehingga kuning keemasan.
9. Angkat dan toskan.
10 Hidangkan dengan sos cili.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net