;

By: hanie liza

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 12-Sep-2008 21:42 Email | Share | Bookmark
Puding Roti Marble

 
Quote:

PERKARA-PERKARA YANG MENGHARUSKAN BERBUKA PUASA
* Kedatangan haid dan nifas.

* Sakit yang membahayakan.

* Sakit yang tiada harapan sembuh.

* Tersangat lapar atau dahaga yang membahayakan.

* Dalam perjalanan (safar) sejauh dua marhalah atau lebih.

* Tua yang tidak berdaya untuk berpuasa.

* Kandungan dalam perut bagi perempuan.

* Menyusukan anak kecil
.





PUDING ROTI MARBLE

Bahan A

10 gm serbuk agar-agar cap bintang
1 Liter air
1 cawan gula

Bahan B
7 keping roti [buangkan kulit dan koyakkan kecil]
1 tin susu cair
1 cawan air buah koktel atau peach
1 s/k esen vanilla
1 biji telur ayam

Bahan C
3 s/b tepung kastad + 5 s/b air
2 s/b serbuk koko ]
2 s/b air ] bancuh

Cara
1. Masukkan Bahan A dalam periuk dan masakkan sehingga mendideh.
2. Blend halus Bahan B.
3. Bancuhkan tepung kastad dan air dan masukkan dalam Bahan B
4. Masukkan Bahan B dalam periuk Bahan A dan masakkan sehingga mendideh [nampak blup..blup gitu].
5. Tutup api dan bahagikan adunan pada 2 bahagian.
6. Masukkan larutan koko dalam 1 bahagian yg berasingan dan biarkan 1 bahagian warna asal.
7. Sediakan loyang dan tuangkan adunan plain dan coklat berselang seli mengikut beberapa lapisan yg disukai. Sejukkan.
9. Hidangkan puding dan hiaskan dengan hirisan peach atau fruit koktel dan lebihan air dalam tin.



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net