;

By: hanie liza

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 18-Oct-2008 12:00 Email | Share | Bookmark
Muffin Oren dan Poppiseed

 

masa raya baru2 ni kkliza buat muffin untuk keluarga mertua dan tentunya anak saudara seronok tenguk kek comel yg membukit tu..
di tambah ngan bau oren yg wangi menyebabkan masing-masing asik mengusung muffin..
disamping tu kakliza buat juga muffin coklat chips..
tapi tak sempat nak amik gambo..ilang dari pingan...




MUFFIN OREN & POPPISEED
[24 muffin saiz medium]

Bahan A
500 gm muffin ready mix oren & poppiseed
200 gm tepung naik sendiri [ayak]

Bahan B
4 biji telur [pukul sedikit]
180 gm minyak
280 ml jus oren

Cara
1. Panaskan oven 190'C [api atas bawah] selama 15 minit.
2. Masukkan bahan A dalam mangkuk dan gaulkan rata.
3. Masukkan bahan B dalam mangkuk bahan A dan adunkan sebati dengan whisker atau senduk kayu.
4. Alaskan muffin tray dengan kertas muffin saiz medium.
5. Masukkan adunan anggaran 45 gm [ hampir penuh] dalam kertas muffin.
6. Bakar selama 20 minit.
7. Sejukkan dan hidangkan.




Quote:
1. amal5041 amalhayati68@gmail.com ~~ a'ah mmg meriah sebb ramai anggota yg seronok mengusik dan diusik..muffin tu kakliza buat 1 adunan jer..so masa amal datang tu dah habis laaaa..
2. Mommy Lily rina.sabree@yahoo.com ~~ muffin tu mmg ada rasa biji2 poppiseed tu ..dan juga masa oren yg dicampurkan dengan jus oren...
3. mie ~~sayang sekali dah habis la..bolehlah cuba buat pulak bila dah ada resepi ini..
4. ayi herymarlinda@yahoo.com ~~ salam perkenalan..terimakasih atas doa tu..kkliza dah singgah dah..banyak betui kueh raya tempahan yer..seronok tenguk..
5. lynnhassan lynnhassan@yahoo.com ~~ kakliza sengaja campurkan tepung naiks sendiri lagi untuk menambahkan bilangan muffin tu..dapat lebih sikit..jimat sikit dan juga elakan muffin yg terlalu manis jika tak campur tepung...
6. kak anum alfahanum@yahoo.co.uk ~~ salam..kkliza campurkan tepung untuk elakkan manis yg berlebihan..selalu dapat tepung muffin mix yg manis jer..dan jus oren untuk perisa oren yg sedap...
7. rozamy amelia@pernec.com.my ~~ mmg seronok tenguk anak2 sedara dok ramai2 dan kira duit yg depa dapat..kkdg tu kami saja buat2 larikan sikit duit tu..lagilah riuh berkejaran dalam umah...bagi kakliza kalau muffin mix tu jika nak tambah tepung perlu campurkan 1 sudu besar [s/b] serbuk penaik [baking powder] untuk menambahkan kegebuannya...


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net