Bahan: 1/2 kg kacang tanah..goreng ..buang kulit..tumbuk kasar/pecah2
1/2 cawan air asam jawa
1/2 cawan gula merah
1/2 cawan minyak
garam secukup rasa
bahan mesin 5 sudu besar cili mesin
4 batang serai
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 biji buah keras
Cara: 1. Tumiskan bahan mesin sehingga wangi dan garing.
2. Bila dah naik minyak masukkan air asam jawa dan kacang. Tambahkan sedikit air jika pekat sangat.
3. Masukkan gula dan garam secukupnya. Masakkan dengan api perlahan sehingga naik minyak.
4. Hidangkan dengan nasi impit.
wah...ada pun resepi kuah kacang
mmg ngam2 tgh cari ni.
apepun..tahniah atas kejayaan buku2 akak yg laris
kite pun ada gak...tp cuma dpt ayam ngan nasi je...
SALAM,
Bagi negeri kelantan kuah kacang macam kuah sate. Ada sedikit perbezaannya sebab guna santan. sedikit rempah(kulit kayu manis + lada kering) digunakan dan digoreng dahulu kemudian ditumbuk halus.
Selamat Hari Raya Aidilfitri. Terima kasih kerana membuat satu fotopages yang sentiasa saya jadikan sebagai main reference dlm msk memasak. Masih banyak saya perlu study, lepas kawen mmg kene byk kene praktikkan msk2. (kawen pun blum sampai setahun)
Saya nak mintak jasa baik kak Liza utk buat anggaran bahan makanan. Saya bercadang utk buat open house lepas raya ni, jemputan dlm 20-30 org. Saya takde pengalaman msk utk kuantiti byk, takut terkurang atau terlebih. Harap Kak Liza bole bantu.
Hidangan Utama: Soto ayam(mihun/nasi himpit)
Hidangan lain : kuah kacang, kuah lodeh, mihun, sup ayam
Utk hidangan 20-30 org, saya memerlukan cadangan/nasihat anggaran utk berapa ketul nasi himpit adabi, berapa ekor ayam utk sup, berapa banyak pegedil dan berapa plastik mihun yang saya perlukan... Harap sgt kak liza sudi membantu. Thanks
Selamat Hari Raya Kak Liza!
tahun ni mummy ada jugak masak kuah kacang, anak2 suka makan dengan ketupat...itupun ketupat Nona instant lah!
Wed 23-Sep-2009 02:35 Posted by:mummy jam - [Link]
raya baru2 ni buat kuah kacang pakai resepi kak Liza. budak2 Pakistan kata sedap. cik abang pun cakap sedap. pertama kali buat kuah kacang .. hehe (tengah dok tepuk bahu sendiri ni..puk puk ) ...
Assalammualaikum hanie liza, saya ingin tahu liza tahu tak mana saya bole beli panan canai untuk biscuit yg boleh canai sama tebal biscuit nya. Saya pernah nampak tapi tak ingat website nya.Harap liza dapat bantu...terima kasih....Wassalam