Want your
own Fotopage?






























 
;

By: hanie liza

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 11-Oct-2009 22:40 Email | Share | Bookmark
Daun Kaduk dan Daun Sireh

 
Quote:
assalamualaikom...nak tanye daun kadok & daun sireh same ke?
rupe cam same je... Wed 7-Oct-2009 06:33
Posted by:surie mizsurie@gmail.com






KADUK
Nama Tempatan: Kaduk
Nama Saintifik: piper sarmentosum roxb
Nama Lain: Sirih duduk
Famili: piperaceae
Lokasi dijumpai: Dikawasan yang agak lembab
Asal:
keterangan:

kaduk adalah sejenis tanaman yang banyak digunakan sebagai perisa dalam masakan melayu seperti masak lemak terutamanya masak lemak udang dan ketam.Kaduk sedap dijadikan ulam jika direbus dan dicecah dengan sambal belacan.Ia mudah ditanam dan hidup subur terutamanya di kawasan-kawasan yang lembap dan hidup liar. Daun kaduk lembut berbentuk bujur bulat, nipis, berwarna hijau tua, berkilat dan berselang-seli manakala bunganya banyak, padat, sangat kecil dan tersusun rapat. Ia adalah tumbuhan jenis memanjat yang sesuai hidup dikawasan beriklim panas seperti tropika.Kaduk hidup meliar terutama di kawasan teduh, lembap atau di bawah sudur pokok lain manakala penanamannya menggunakan kaedah keratan batang.

kegunaan:
Air yang direbus dengan akar pokok kaduk dapat melawaskan kencing. Daunnya pula mujarab untuk merawat demam malaria dengan cara meminum air rebusannya. Air rebusan itu juga berkhasiat bagi melegakan batuk-batuk, selesema, sakit pinggang, sakit gigi dan sengal-sengal tulang. Daunnya yang ditumbuk pula boleh dijadikan ubat panau dengan cara menambal pada bahagian panau itu.




SIREH

Sireh adalah nama sejenis tumbuhan merambat yang bersandar pada batang pohon lain. Sebagai budaya daun dan buahnya biasa dimakan dengan cara mengunyah bersama gambir, pinang dan kapur. Namun mengunyah sireh telah dikaitkan dengan penyakit kanker mulut dan pembentukan squamous cell carcinoma yang bersifat malignan.

Sireh digunakan sebagai tanaman obat (fitofarmaka); sangat berperanan dalam kehidupan dan berbagai upacara adat rumpun Melayu.

Kegunaan

1. Batuk
2. Sariawan
3. Bronchitis
4. Jerawat
5. Keputihan
6. Sakit gigi karena berlubang (daunnya)
7. Demam berdarah
8. Bau mulut
9. Haid tidak teratur
10. Asma
11. Radang tenggorokan (daun dan minyaknya)
12. Gusi bengkak (getahnya)
13. Membersihkan Mata

Daun sireh kaya dengan pelbagai khasiat. Ia boleh dijadikan pencuci yang sangat berkesan kerana mengandungi antiseptik. Ia juga boleh dijadikan sebagai pencuci alat sulit wanita dan juga boleh digunakan untuk menyegarkan mata yang gatal dan letih.
Caranya: Ambil beberapa helai daun sireh muda dan kemudian cuci bersih. Ramaskan ia dan kemudian masukkan kedalam air suam. Selepas itu tapiskan airnya dan rendamkan mata kedalam air sireh tersebut sambil kerdipkan mata berulang-kali. Lakukan selalu untuk melihat keberkesanannya.

Sumber: Majalah MIDI

looking for ready stock crocs shoes ?
log on to
http://crocsmania.fotopages.com
authentic crocs at affordable price
Tue 13-Oct-2009 05:37
Posted by:CROCSMANIA
Tahniah kak.dh makin femes.Jemput datang promosi pembukaan butik...23/10/2009. Thu 22-Oct-2009 05:24
Posted by:butikimpian23
http:/butikimpian23.blogspot.com
Thu 22-Oct-2009 05:27
Posted by:butikimpian23
Assalamualaikum akak, suami saya ada sampaikan pertanyaan pada akak, dia ingin memohon kebenaran untuk menjalakan perniagaan resepi masakan akak di peringkat dalaman (malaysia). jika ianya berjaya mendapat sambutan. perniagaan ini akan diluaskan ke peringkat antarabangsa. akak tak perlu buat apa2. akak hanya perlu beri kebenaran dan berkongsi maklumat dari segi masakan, gambar akak dan sebagainya. resepi masakan semuanya akan menggunakan nama akak. keuntungan kita bincang bersama. kalau akak bersetuju untuk luaskan perniagaan akak, akak hubungi saya di mnnh070708@yahoo.com . kalau akak tak bersetuju tidak apa. abaikan comment saya ni. terima kasih akak. selamat maju jaya. Fri 30-Oct-2009 02:58
Posted by:lin mnnh070708@yahoo.com
jom dapatkan makanan laut kering dari sabah...harga adalah berpatutan..kualiti dijamin!!!

ikan masin keropok ada>>>>>>>
udang kering ada>>>
ikan bilis ada>>>

lawati
http://ziekolexi.fotopages.com
Thu 5-Nov-2009 03:29
Posted by:zie jeogcun@yahoo.com  - [Link]


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.