Want your
own Fotopage?








 
;

By: hanie liza

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 13-Aug-2010 05:33 Email | Share | Bookmark
Daun Ketumbar VS Daun Sup [Saderi]

 
 
ramai orang keliru mengenai daun ketumbar..
daun ketumbar ni seakan daun sup tetapi ia agak nipis dan kecil sedikit..
dari segi bau ia lebih kuat baunya dari daun sup.

Daun Ketumbar atau Corriander Leaves]



Quote:

Nama Saintifik: Coriandrum sativum
Nama Inggeris: Cilantro / Chinese Parsley

Ketumbar digunakan secara menyeluruh - bergantung pada jenis masakan - kerana setiap bahagian tumbuhan ini mempunyai aroma dan rasanya yang tersendiri. Daun ketumbar mempunyai aroma yang tajam dan rasa yang seakan-akan ‘bersabun’. Juga dikenali sebagai daun Pasli Cina, daun ketumbar berwarna hijau dan rasa yang tersendiri.

Aroma dan rasa daun ini sering dikatakan mempunyai persamaan dengan limau - ‘berlilin’ dan ‘bersabun’. Daun ini selalu digunakan segar dan kadang-kala ditabur ke atas hidangan yang sudah dimasak, dihancurkan atau dipuri ke dalam kuah sos, sup dan kari.
Sumber dari : http://www.trymasak.my/view-glossary.php?GID=TM-78c7093794fc1a8190585c484bfb29eb






Daun Sup atau Daun Saderi



Quote:
Nama Saintifik: Apium Graveolens
Nama Inggeris: Celery Leaves

Daun sup di Asia adalah lebih halus, berwarna hijau gelap dan mempunyai rasa lebih kuat berbanding daun sup Barat yang lebih tebal dan berwarna hijau terang. Daun sup mempunyai rasa yang hampir sama dengan daun pasli, dan banyak digunakan sebagai bahan perasa berbanding dimakan mentah. Daun Sup megandungi kandungan protein yang banyak. Kadang-kala daun ini dipotong dan digunakan sebagai bahan perasa tetapi selalunya dicampurkan ke dalam sup atau kuah sos.

Tahukah Anda?
Daun sup berfungsi sebagai perangsang selera dan diuretik.

sumber dari : http://www.trymasak.my/view-glossary.php?GID=TM-a7270a447dd028745b62d92f2754511a

Daun saderi merupakan penawar bagi menurunkan tekanan darah tinggi.
Terdapat belbagai cara untuk menggunakan sederi sebagai ubat untuk mengubati tekanan darah tinggi dan cara yang paling berkesan adalah dengan memasukan sedikit daun sederi yang dipotong kecil-kecil dan ditumbuk halus bersama-sama dengan sedikit air dan gula. Untuk keberkesanan yang lebih baik ia hendaklah diminum 3 kali sekali.
Selain itu, sederi juga dapat mengubati keracunan yang berpunca daripada jangkitan bakteria. Antaranya adalah seperti terpijak paku berkarat, jangkitan kuman di bahagian luka atau dalam saluran kencing dan kes melecur teruk menyebabkan keracuanan darah dikenali sebagai sepsis atau septicemia.
Kandungan garam galian dalam sederi memulihkan sifat alkalin dalam darah dan membantu menghentikan pembiakan kuman.




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4007038.ip-198-27-81.net