Want your
own Fotopage?







 
;

By: hanie liza

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 2-May-2005 00:00 Email | Share | Bookmark
GULAI KURMA AYAM

 


GULAI KURMA AYAM

Bahan-Bahan:

1 ekor ayam [potong kecil dan bersihkan]
1/2 cawan susu cair atau 2 cawan santan [1 biji kelapa]
4 biji kentang [belah 4]
2 labu bawang besar [belah 4]
1 batang carrot [potong kecil]
2 biji tomato [belah 4]
2 biji lada hijau
1 pokok daun sup [potong kecil]
3 s/b minyak
2 s/b minyak sapi
3 s/b rempah kurma ] bancuh ngan sikit air
1 s/k lada sulah ]
1 s/b kacang tanah tumbuk halus
1 s/b jus limau nipis
garam

Bahan tumis
1 in kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 biji bunga cengkih
2 biji buah pelaga

Bahan mesin/tumbuk:
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 sm halia

Cara:
1. Panaskan minyak & minyak sapi dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
2. Masukkan bahan tumbuk dan rempah kurma yg dibancuh. Kacau sehingga naik minyak.
3. Masukkan ayam, kentang, carrot, garam dan susu cair atau santan. Biarkan sehingga mendideh.
4. Masukkan bawang besar, lada hijau, tomato dan kacang tanah tumbuk.
5. Perlahan api sehingga naik minyak.
6. Masukkan jus limau dan daun sup dan biarkan sehingga pekat.
7. Angkat dan hidangkan.

sedap makan ngan roti atau nasi tomato...


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net