;

By: hanie liza

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 1-Sep-2005 00:00 Email | Share | Bookmark
KEK OREN WARNA-WARNI



KEK OREN PELANGI

Bahan

1 cawan butter
1 cawan gula kastor
3 biji telur
1 s/k esen vanilla
1/2 cawan jus oren [ 1 biji limau sunkist]
1 s/b kulit limau parut
1 cawan tepung naik sendiri ] ayakkan
1 cawan tepung kastad ]
1 s/k coklat paste/emulco
pewarna merah

Cara
1. Pukul butter dan gula sehingga gebu dan ringan.
2. Masukkan telur satu persatu dan esen vanilla. Pukul rata.
3. Masukkan parutan kulit limau dan jus oren. Gaulkan rata.
4. Masukkan tepung naik sendiri dan tepung kastad. Gaulkan rata.
5. Bahagikan adunan pada 3 mangkuk.
6. Masukkan coklat pats/emulco dalam 1 mangkuk. Gaulkan rata.
7. Masukkan pewarna merah dalam 1 mangkuk lagi. Gaulkan rata juga.
8. Masukkan adunan warna asal dalam loyang yg telah dilapikkan kertas minyak.
9. Masukkan warna koko dan diikuti dengan warna merah.
10. Masakkan dlam oven dengan suhu 180'C selama 45 - 50 minit.
11. Sejukkan dan potong untuk dihidangkan.




Pulut Tanak makan ngan ikan bawal berlado...


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net