;

By: hanie liza

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 27-Sep-2005 00:00 Email | Share | Bookmark
APAM aka MUFFIN PISANG COKLAT

semalam ada lebihan pisang so kak liza buatlah ...




APAM aka MUFFIN PISANG COKLAT

Bahan A [Ayakkan]

2 cawan tepung gandum
2 s/b serbuk koko
1 s/k soda bikarbonat
1 s/k baking powder
Sedikir garam

Bahan B
1 cawan pisang emas/berangan lecek
1 cawan minyak
11/2 cawan gula perang
2 biji telur [pukul sedikit ngan garfu]


Cara
1. Ayakkan bahan A dan masukkan dalam mangkuk.
2. Masukkan bahan B dan kacau rata.
3. Masukkan dalam acuan kecil atau loyang.
4. Kukuskan selama 30 minit atau sehingga masak.


resepi ni adalah salah satu dalam buku kueh mueh kukusan kak liza...


ada lagik....



AYAM RAMPAI

Bahan

1/2 ekor ayam [buangkan kulit dan potong kecil..bersihkan]
5 biji kentang[ potong kecil dan gorengkan]
1 batang carrot [potong kecil]
20 tangkai kacang sepat/buncis
1 bij capsicum merah[potong kecil]
2 biji tomato [belah 6]
1 labu bawang besar [potong bulat]
3 biji cili merah [hiriskan kasar]
10 biji cili api [hiriskan kasar]...kalau nak pedas...
garam
kunyit serbuk
minyak

Bahan tumis [hiriskan]
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
3 cm halia

Cara.

1. Gaulkan garam dan kunyit pada ayam dan gorengkan sampai masak [gunakan minyak bekas goreng kentang]. Jangan terlalu garing [nanti keras isi aayam tu]
2. Keluarkan minyak dan tinggalkan untuk tumis bahan tumis.
3. Tumiskan abhan tumis sehingga wangi dan masukkan ayam semula. Gaulkan rata.
4. Masukkan sayuran kacang dan carrot dan cili semua. Gaulkan rata.
5. Masukkan semua bahan lain dan kacau rata. Rasakan garamnya.
6. Angkat dan hidangkan


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net