Want your
own Fotopage?






























 
;

By: hanie liza

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 19-Oct-2005 00:00 Email | Share | Bookmark
Ayam Percik Kerabu Perut


Ayam Percik

Bahan:

2 kg ayam [potong 4 keping]
3 cawan santan pekat [perah gunakan air kelapa dari 1 biji kelapa ]
1/2 cawan air asam jawa
1 s/t gula
1 s/t halba
garam secukup rasa

bahan mesin halus
20 tangkai cili kering
4 biji bawang putih
3 cm halia
5 batang serai

Cara
1. Lumurkan sedikit garam dan tepung ubi kayu pada ayam dan bilas bagi menghilangkan bau hanyir.
2. Masak ayam dalam kuali bersama bahan mesin, santan, halba dan asam jawa sehingga sederhana masak (kuahnya tinggal sedikit). Tetapi pastikan segala rempah sebati dengan ayam.
3. Alihkan ayam ke ketuhar dan panggang pada suhu 200' C sehingga ayam masak dan berwarna perang keseluruhannya. [boleh juga panggangkan ayam menggunakan pemanggang ikan tu]
4. Hidangkan dan hiaskan dengan salad atau timun.

NOTA: Boleh ditukarkan ayam kepada ikan tetapi ikan tu tak perlu direbus dgn santan...cuma masakkan bahan kuah sehingga pekat. Ikan tu dibakarkan dan percikkan kuah tu saja dan bila menghidang..curahkan kuah keatas ikan.



Kerabu Perut

Bahan

500 gm perut [rebus dan hiris nipis kecil]
5 biji jus limau linpis
1 cawan taugeh [buangkan kakinya]
1 s/b sos ikan
garam secukup rasa

Bahan Hiris
1 labu bawang besar
2 kuntum bunga kantan
5 biji cili merah
5 tangkai kacang panjang

Cara
1. Gaulkan rata semua bahan dan rasakan masam dan masinnya.
2. Hidangkan ngan nasi putih.


Sambal Goreng Ikan Bilis & Tempe


Onde-onde aka Buah Melaka


Asam Gumpal


alamak akak Liza......best-best resepi akak nie.....semoga sukses dalam kerjaya dan berbahagia selalu Thu 20-Oct-2005 01:51
Posted by:Akak_Siti khaytykhir@yahoo.com
Arrgghh.... teruja sungguh tgk sumer resepi-resepi kat sini....perrgghhh.... Thu 20-Oct-2005 04:06
Posted by:AdiK  - [Link]
kaka liza.. buku dah keluar kat market ke?? nak satu copy yg autograf buleh..?? Thu 20-Oct-2005 18:35
Posted by:bimmer_man bimmerman@resq-media.com  - [Link]
waahhh...best2 nyer tgk masakan k.liza...kena nuntut ilmu nih.... Fri 21-Oct-2005 03:51
Posted by:~Mummy Damia~  - [Link]
Mummy Damia..
Boleh aje nak belajar..sila kemukakan soklan...

Bimmer..
Buku kak liza belum kuar lagi..
nak yg ada otogeraf..nanti kena kasi alamat la..posmen akan hantarkan...

Adik..
Jomlah main masak-masak ngan kak liza...

Akak Siti..
Terimakasih atas sokongan dan doa tu...
Fri 21-Oct-2005 06:48
Posted by:kak liza hanieliza@yahoo.com
sempat ye k.liza masak2 ni yer?mengancam betul tgk resepi2 kat fp ni.paling senang nk dptkan ape2 yang nk dmasakkan.bawa kat sek mesti member2 seronok nk mkn ni. ktrng selalu bwk ape2 untuk dirasa kat sek.tqvm Sat 3-Jun-2006 16:14
Posted by:dwenina86
sedapnye masakan mama...pos kat kitorang kt sini... Fri 7-Jul-2006 03:06
Posted by:hafiza
bestnye kalu dapat makan... Fri 7-Jul-2006 03:07
Posted by:muza muza_mus@yahoo.com.my
salam... hanie ada x resepi asam gumpal tu??? sy naklah... Wed 27-Sep-2006 05:49
Posted by:engkusalina engkusalina@hotmail.com
kak liza... i enjoy ur fp... ada la 2-3 recipe yg dah try.. and menjadi.. im happy about it coz kami 1 family suka makan.. heheheh.... thanks...
tp nak tanya la.. kak liza ada recipe kerabu perut yg guna santan tak? sbb pernah makan kerabu perut yg mcm tu *guna santan* i mean...
Tue 3-Oct-2006 15:18
Posted by:sarah6capade sarah6capade@yahoo.com
kak liza, meriahnya menitik2 air liur kami berdua... Thu 5-Oct-2006 01:34
Posted by:Helmi & Yani ciku_nurul@yahoo.com.my
kecur tengok gambar asam gumpal tu. k liza bg la resepinya. Mon 4-Dec-2006 06:41
Posted by:ummi adam
sy nak minta resipi ikan bilis tempe k.liza
TQ
Tue 3-Apr-2007 02:29
Posted by:SANIAH HUSIN ds_saniah@yahoo.com.my
ig g;iuoh;hioj;ioh Thu 17-May-2007 08:22
Posted by:dolah
SUKA KEK TAK??

NAK TEMPAH??
TAPI TAK TAU BAGAIMANA??
KEK NI DARI TERENGGANU TAU..

SENANG JER...JUST CLICK LINK BAWAH NI YER..

http://cybercake.fotopages.com

Wed 29-Aug-2007 03:54
Posted by:CyBeRcAkE miacakehouse@yahoo.com  - [Link]
SUKA KEK TAK??

NAK TEMPAH??
TAPI TAK TAU BAGAIMANA??
KEK NI DARI TERENGGANU TAU..

SENANG JER...JUST CLICK LINK BAWAH NI YER..

http://cybercake.fotopages.com

Wed 29-Aug-2007 03:59
Posted by:CyBeRcAkE miacakehouse@yahoo.com  - [Link]
K Liza.. boleh tolong tulis kan resepi asam gumpal tuhh...t'ingin nak rasa Wed 19-Sep-2007 08:08
Posted by:Sara
halba tu apa?daun ke?jenis perempah ke? Fri 21-Sep-2007 02:11
Posted by:unnamed
best ayam percik ni..
aritu ada blajar ngan mak mentua ikan golek ( same kan resepinyer ) luper la pulak..
ble ada resepi kak liza ni..sukenyer....
timer kasih ilmu yang diberi..
Wed 10-Oct-2007 06:54
Posted by:mama-nina pae5054@yahoo.com
FREE INFORMATION FOR TOPPIK CARCINOGEN, PLEASE VISIT MY SITE, THANK YOU:

http://toppik-carcinogen.blogspot.com

---------------------------------------------------------------------------
toppik carcinogen, toppik scalp cancer, scalp cancer from toppik, toppik scams, toppik scalp irritation, toppik hair loss scam, toppik fraud, toppik carcinogen, toppik scalp cancer, scalp cancer from toppik, toppik scams, toppik scalp irritation, toppik hair loss scam, toppik fraud.
Tue 1-Jul-2008 11:10
Posted by:java118  - [Link]
akak x ke 1 buku ...ina nk copy paste dr web lmbt sgt
akak pyer resepi very marvelous.....
mcm mn nk ambl sumer resepi kt cni?
ada jual buku resepi ni tk?
Tue 16-Sep-2008 08:12
Posted by:iena... sdianina_08@yahoo.com.my
"SATU CARA MENDAPATKAN PENDAPATAN DI INTERNET!!!"
Bagaimana ANDA Boleh Menjana Sumber Pendapatan Diantara RM100.00 Sehingga RM1,000.00 SEMINGGU, Sambil Anda Melancong dan Bergembira Bersama Yang Tersayang. Walaupun Anda TIADA Kemahiran Dan Pengalaman dalam Perniagaan Internet, ANDA BOLEH MELAKUKANNYA!"

http://www.e-jariah.net/zagfaa
Tue 6-Jan-2009 07:21
Posted by:zagfaa  - [Link]
"SATU CARA MENDAPATKAN PENDAPATAN DI INTERNET!!!"
Bagaimana ANDA Boleh Menjana Sumber Pendapatan Diantara RM100.00 Sehingga RM1,000.00 SEMINGGU, Sambil Anda Melancong dan Bergembira Bersama Yang Tersayang. Walaupun Anda TIADA Kemahiran Dan Pengalaman dalam Perniagaan Internet, ANDA BOLEH MELAKUKANNYA!"

http://www.e-jariah.net/zagfaa
Tue 6-Jan-2009 07:22
Posted by:zagfaa  - [Link]


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.