Want your
own Fotopage?






 
;

By: hanie liza

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 26-Nov-2005 00:00 Email | Share | Bookmark
KEK COKLAT KUKUS liZA....BLUEBERRY MUFFIN

 
 
 
 


KEK COKLAT KUKUS liZA

Bahan A

220 gm tepung gandum
1 s/k baking powder
1/2 s/k soda bikarbonat
50 gm serbuk koko
180 gm gula perang

Bahan B
2 biji telur
1 s/k esen vanila

Bahan C
200 ml susu cair
200 ml minyak mazola
200 mi air panas

Cara
1. Gaulkan semua bahan A dalam mangkuk supaya rata.
2. Pukul Bahan B dalam mangkuk berasingan. Masukkan dalam mangkuk bahan A. Kacau rata.
3. Masukkan Bahan C dalam adunan bahan A. Kacau rata.
4. Panaskan kukusan sehingga mendideh dan lapikkan kertas minyak dalam loyang 8 x 8 inci.
5. Masukkan adunan dalam loyang dan kukuskan selama 1 jam.
6. Bila telah mask buka tudung kukusan perlahan supaya air tidak menitik keatas kek.
7. Hiaskan dengan cream coklat.


Cream Coklat

Bahan

300 gm coklat masakan [potong kecil]
50 gm fresh cream

Cara.
1. Panaskan coklat didalam periuk secara double boiling.
2. Bila nampak coklat hampir cair tutup api.
3. Masukkan fresh cream dan kacau sebati sehingga agak sejuk
4. Bila dah hampir sejuk tuangkan atas kek dan hiaskan mengikut kesukaan sendiri.



BLUEBERRY MUFFIN

Bahan A

220 gm teppung gandum
100 gm gula kastor
1 s/b bakign powder
1/2 s/k garam

Bahan B
2 biji telur [pukul sedikit]
50 ml minyak jagung
50 ml butter cair
150 ml susu segar

Bahan C
200 gm blueberry filling/jam

Cara
1. Gaulkan semua bahan A dalam mangkuk.
2. Gaulkan bahan B dlam mangkuk berasingan.
3. Campurkan bahan B dalam mangkuk bahan A.
4. Panaskan oven 180'C selama 10 minit.
5. Masukkan adunan separas 3/4 dalam mangkuk kertas muffin.
6. Sudukan blueberry filling/jam dalam adunan di dlaam mangkuk muffin.
7. Bakar muffin selama 25 - 30 minit.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2014.

ns4008229.ip-198-27-68.net