Want your
own Fotopage?








 
;

By: hanie liza

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 3-Dec-2005 00:00 Email | Share | Bookmark
Gulai Ayam Roti Jala

gulai ayam jus tomato
roti jala tepung kastad..
tortilla..makan ngan gulai ayam


ROTI JALA

Bahan

2 cawan tepung gandum
2 s/b tepung kastad
2 s/b susu cair
2 cawan air
garam

Cara
1. Masukkan semua bahan dalam blender dan mesinkan. Tapiskan dalam mangkuk.
2. Pansakan kuali non-stik dan tebarkan adunan menggunakan acuan roti jala.
3. Bila sudah masak boleh lipat atau gulong.
4. Hidangkan dengan gulai ayam.



GULAI AYAM JUS TOMATO

Bahan

500 ayam
2 s/b rempah kari ayam [bancuh dgn sikit air]
3 biji buah tomato ]
1 cawan air ] mesinkan
2 biji kentang [potong kecil]
sedikit carrot [ potong kecil]
3 s/b minyak
garam
gula

Bahan Hiris
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm halia

Bahan tumis
1 pelepah daun kari
2 cm kulit kayu manis
2 kuntum buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih

Cara
1. Ayam dibuangkan kulit dan potong kecil. Basuh dan toskan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis dan bahan hiris sehingga wangi dan garing.
3, Masukkan rempah kari dan kacau rata.
4. Bila sudah naik minyak amsukkan tomato yg dimesinkan. Kacau rata dan biarkan mendideh dan pekat.
5. Masukkan garam dan gula sikit. Perlahankan api dan bairkan naik minyak.
6. Hidangkan dengan nasi atau roti.






View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net