;

By: hanie liza

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 30-Nov-2005 00:00 Email | Share | Bookmark
Kueh Talam Ubi dan Kueh Serimuka Jagung

Kueh Talam Ubi
Kueh Serimuka Jagung


KUEH TALAM UBI

Bahan Lapisan Bawah

1 kilo ubi kayu [mesinkan dgn 1 cawan air. Tapiskan ubi tu]

2 cawan air ]
1 cawan gula merah ] masak dan tapiskan
1 cawan gula pasir ]
daun pandan ]

Lapisan Atas
1 1/2 cawan tepung beras
4 1/2 cawan santan pekat [1 biji kelapa]
1 s/k garam

Cara:
1. Panaskan kukusan.
2. Ubi kayu dibersihkan dan potong kecil. Masukkan dalam blender dan mesinkan dengan 1 cawan air. Tapiskan. Buangkan air yg ditapiskan.
3. Ambil ubi dalam tapisan dan gaulkan dengan air gula.
4. Sapukan sedikit minya didasar loyang supaya senang untuk memotong kueh ini.
5. Masukkan dalam loyang dan kukuskan sehingga masak anggaran 30 minit.
6. Bancuh semua adunan untuk lapisan atas. Tapiskan.
7. Masukkan dalam periuk kecil dan masakkan sebentar atas api yg sederhana besar.
8. Kacau rata [jangan tinggalkan] dan tutup api.
9. Bila lapisan bawah[adunan ubi] taelah masak, perlahankan api dan cakarkan permukaan adunan ubi tu.
10. Tuangkan adunan lapisan atas dan kukuskan sekali lagi selama 20 minit.
11. Tutup api dan sejukkan betul2 sebelum di potong dan hidangkan.





KUEH SERIMUKA JAGUNG

Bahan Lapisan Bawah

1 cawan pulut [rendamkan 3 jam]
1 cawan jagung hiris
2 1/2 cawan santan cair
1 s/k garam

Cara
1. Kukuskan semua bahan sehingga masak.
2. Sapukan minyak sikit dalam loyang lain dan tekankan pulut dan jagung yang telah masak tadi.
3. Kukuskan semula dan tuangkan adunan bahagian atas.

Bahan Lapisan Atas:
1 cawan santan pekat + jus pandan + warna hijau
3 s/b gula
3 s/b tepung gandum
2 s/b tepung kastad
1 biji telur
1 s/t garam

Cara
1. Gaul rata semua bahan dan tapis.
2. Tuangkan perlahan-lahan atas pulut yg telah dicakar2kan sikit..
3. Kukuskan lebih kurang 30 minit.
4. Sejukkan dahulu baru potong.





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net