Want your
own Fotopage?






 
;

By: hanie liza

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 12-Jan-2006 00:00 Email | Share | Bookmark
SOTO DAGING...Donut lagikkkk...

soto daging..
donut lagikkk...
sempena raya korban ni mungkin ada antara kita yag ada stok daging atau tulang...
so kak liza ada buat ...

sorila..dalam gambar tarak pegedil...
kak liza tak sempat nak buat ..kalau ada lagi bestttt....




SOTO DAGING

Bahan- [anggaran 10 orang makan]

1 kg daging [potong kecil]
nasi impit atau mee/bihun
taugeh [buangkan kakinya]
daun bawang dan daun sup [racikkan]
bawang goreng
air secukupnya
garam
minyak

Bahan tumis:
4 cm kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih

Bahan kisar:
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
5 cm halia
3 cm lengkuas
3 batang serai
3 s/b rempah kurma
1 s/b lada hitam
5 biji buah keras

Cara

1. Panaskan minyak. Tumiskan bahan tumis dan bahan kisar sehingga wangi.
2. Masukkan daging garam dan air secukupnya. Biarkan mereneh sehingga daging lembut.
3. Untuk hidangan masukkan nasi impit atau mee/bihun dan daging serta bahan lain dan sendukkan sup/kuah tadi.
4. Untuk memberikan perisa tambahkan kicap pedas dan pegedil..

Kicap Pedas [mesinkan halus]
20 biji cili api
1/2 cawan kicap manis/pekat
2 ulas bawang putih
5 biji jus limau kasturi
garam


Pegedil Daging

bahan

500 gm kentang....rebus dan hancurkan
200 gm daging kisar
1/2 cawan bawang goreng
2 tangkai daun sup.............]mayang halus
2 tangkai daun bawang.......]
1 s/k lada sulah
1 s/b tepung jagung
garam
2 biji telur..pukul
minyak untuk menggoreng

Cara..
1. Gaulkan semua bahn kecuali telur.
2. Bentukkan adunan supaya menjadi bulat dan leper.
3. Celupan kedalam telur yg dipukul.
4. Gorengkan dalam minyak.
5. Angkat dan toskan.
6. Hidangkan bersama soto atau bihun soto atau mee soto.





anak2 kak liza tak puas makan donut semalam..arini depa tuntut suruh buat lagikkkk...


Quote:
MamaFaMi ~~ betui tu..tak der begedil pun kalau dah kena ngan asam garam soto ni..mmg sedapppppp..
izan izanrashid73@yahoo.com ~~ terimaksih kerana sudi menjenguk sini..
farah farah_mohdyusoff@yahoo.com ~~ terimakasih...semoga farah gembira mencuba..
marina nazihas.saizu@gmail.com ~~ montel pun cute jugak...
Lip Gloss shining_lip_gloss@yahoo.com ~~ resepi ni meybe boleh makan untuk 6 - 8 orang ..


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2014.

ns4008229.ip-198-27-68.net