Want your
own Fotopage?








 
;

By: hanie liza

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 18-Jan-2006 00:00 Email | Share | Bookmark
Roti omelette...Sambal Kerang..Potato Salad

roti omelette
Sambal Kerang
potatoes salad


ROTI OMELETTE

Bahan

5 biji roti hotdog
5 keping burger daging
1 cawan kobis racik
1/2 cawan salad racik
sos tomato
sos cili
sos mayonis
5 biji telur
minyak

Cara
1. Gorengkan burger sehingga garing. Potong panjang tetapi kecil.
2. Belah roti ditengah saperti roti hotdog.
3. Masukkan daging burger dan kobis juga salad.
4. Bubuh sos tomato, sos cili dan mayonis ditengah2 roti.
5. Pukul telur dan tebarkan dalam kuali.
6. Letakkan roti hotdog dan lipatkan telur dikeliling roti.
7. Terbalikkan dan biarkan sekejap.
8. Hidangkan panas-panas




SAMBAL KERANG

Bahan

1 kilo kerang [kukus dan ambil isi sahaja]
1 labu bawang besar [mayang/hiriskan]
1/2 cawan jus asam jawa
3 s/b sos tomato
garam
gula minyak

Bahan kisar
20 biji cili kering
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 cm belacan

Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar sehingga garing dan naik minyak.
2. Masukkan jus asam jawa dan sos tomato. Kacau rata.
3. Masukkan gula dan garm, dan masakkan sehingga naik minyak dan pekat.
4. Masukkan kerang dan bawang besar. Kacau rata.
5. Biarkan sebentar supaya bawang agak layu dan tutup api.
6. Hidangkan dengan nasi biasa/nasi lemak atau mee kari.




POTATO SALAD aka SALAD KENTANG

Bahan

5 biji kentang [buang kulit dan potong dadu..pastu rebuskan sampai lembut]
1 biji cili capsicum hijau [potong dadu]
1 biji cili capsicum merah [potong dadu]
1 labu bawang besar [potong dadu]
1/2 cawan kacang campur [rebus dan toskan]
1/2 cawan mayonis
1 s/b lada hitam
3 s/b air sejuk [cool ice water]
1 biji lime [ambil jus]

Cara.
Gaulkan semua bahan dan sejukkan
Hidangkan dengan ayam panggang


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4007038.ip-198-27-81.net