;

By: hanie liza

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 19-Mar-2006 11:39 Email | Share | Bookmark
Nasi Jagung n the gang..

Nasi Jagung
Gulai Tandoori Ayam
Bawal Sweet Sour
Daging Merah
acar kobis
Semasa balik kampung mertua kat Alor setar kakliza berkesampatan p pasar tani berhampiran umah adik ipar kat Mergong, Alor Setar..
kakliza terserempak dengan orang sedang mencungkil biji jagung..
so kakliza pun belilah 1 kilo dengan rege RM6.00
kakliza bawak balik kerteh dan masak "STEAM CORN" yg digaulkan dgn susu cair dan gula, butter dan garam..
selebihnya kakliza masakkan ...



NASI JAGUNG

Bahan

6 caw beras bathmati....basuh dan toskan
2 caw jagung parut/jagung frozen
1 caw susu cair
8 caw air
2 s/b rempah kurma
2 biji buah tomato.....mesinkan
3 s/b minyak sapi
1 tangkai daun ketumbar.....mayang
daun pandan........simpulkan
garam
gula

Bahan tumis
5 ulas bawang merah ]
3 ulas bawang putih ] mayang halus
2 cm halia ]
2 cm kulit kayu manis
2 kuntum bungka lawang
5 biji bunga cengkih
3 biji buah pelaga

Cara
1. Panaskan minyak sapi dlam periuk Rice Cooker dan masukkan bahan tumis,bawang & halia yg dimayang dan daun pandan.
2. Bila dah wangi masukkan rempah kurma. Biarkan naik minyak.
3. Masukkan air, garam, gula, tomato dan susu cair. Biarkan mendideh.
4. Masukkan beras, jagung dan daun ketumbar.
5. Alihkan periuk kedalam Rice Cooker dan biarkan masak saperti nasi biasa.
6. Bila telah masak bolih dihidangkan dengan lauk daging atau ayam serta acar.




ACAR KOBIS

Bahan

1/4 biji kobis bulat
1 batang timun kecil
1 batang carot kecil
5 biji cili merah dan hijau
1 labu bawang besar
1 s/b air kapur
3 s/b cuka
gula
garam

Cara
1. Semua sayuran dihiris halus.
2. Rendamkan dengan air kapur sehingga sayuran tenggelam selama 30 minit [untuk menjadikan sayur rapuh/rangup]
3. Bancuhkan cuka, gula dan garam.
4. Toskan sayur sehingga betul2 kering air kapur tadi.
5. Gaulakn sayuran dengan cuka, gula dan garam.
6. Hidangkan dengan nasi jagung


Quote:
MamaFami ~ kek keju dan seangkatannya mmg peberet kakliza..
nin9 ~ kak liza pernah buat Kek Keju Coklat..aduh salihaaaaa..mmg sedap...kaw punaaaa rasa...
misniaa ~mmg sedapp..masih aku terasa...itu yg terbayang2 dimata...
maR ~sabo jelaaa...


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net