;

By: hanie liza

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 21-Mar-2006 09:48 Email | Share | Bookmark
Mee Paprik..Bingka Jagung

Mee Paprik
Bingka Jagung


MEE PAPRIK

Bahan

500 gm mee kuning [celurkan sekejap]
2 s/b kicap pekat
5 s/b sos tomato
5 s/b sos cili
3 s/b sos tiram
5 helai daun limau purut
1 batang serai ketuk
3 biji limau kasturi [ambil jus]
5 biji ciliapi [ketukkan]
3 ulas bawang putih [ketukkan]
1/2 cawan air
minyak

Bahan potong kecil
300 gm ayam
100 gm carrot
100 gm brokoli
100 gm cauliflower
50 gm capsicum hijau
1 labu bawang besar

Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dengan serai sehingga wangi.
2. Masukkan ayam dan kacau rata.
3. Masukkan carrot, kicap pekat sos tomato, sos cili dan sos tiram. Biarkan mendideh.
4. Masukkan sayuran lain dan kacau rata.
5. Bila mendideh masukkan jdaun limau purut dan akcau.
6. Masukkan jus limau dan tutup api.
7. Hidangkan diatas mee yg tleh dicelurkan.




BINGKA JAGUNG

Bahan

1 cawan susu cair
1 1/2 cawan air
2 biji telur ayam
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung kastad
1 tin jagung krim dalam tin
3/4 cawan gula
1 s/b butter/majerin cair

Cara
1. Panaskan oven 180'C dan sapukan minyak loyang 8 inci X 8 inci atau loyang bulat 8 inci.
2. Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan kacau rata.
3. Tuangkan bahan dalam loyang dan bakar selama 1 jam.
4. Sejukkan dan potong untuk hidangan minum petang.


Quote:
misniaa ~ kak liza buatkan nasi tu sebab ada lebihan jagung dan anak2 mmg suka makan jagung..
maR ~wahh..ada mimpi kotttt...
nin9 ~ada banyak resepi weyyy.. tenguk jer kat archive tu...
MamaFaMi ~ gulai Tandoori tu nanti kak liza tulis...sabo yer...


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net