;

By: hanie liza

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 22-Mar-2006 13:21 Email | Share | Bookmark
Ikan Kukus ..Sambal Kupang

Ikan Kukus
Sambal Kupang


IKAN KUKUS

Bahan-Bahan:

3 keping ikan tenggiri atau bawal putih
2 ulas bawang putih(di hiris)
3 ulas bawang merah (di hiris)
1 inci halia (di hiris)
1 lada hidup (di hiris)
sedikit garam [jika perlu]
lada sulah hitam (di tumbuk kasar/jgn terlalu halus)
1 s/b sos nampla [sos ikan]

hiasan
daun ketumbar/daun sup [potong kecil]
tomato [belah 6]

Cara:
1. Sediakan bekas utk mengukus.
2. Bersihkan ikan dan letak kan ke atas manguk kaca [tahan panas].
3. Taburkan bawang putih, halia dan lada hidup yang telah d hiris ke atas ikan tadi.
4. Taburkan juga sedikit lada sulah hitam dan sos nampla dan sedikit garam [jika perlu].
5. Letakkan ikan yg telah disediakan tadi ke dalam pengukus.
6. Masak/biar kan ikan dalam pengkukus dengan api yg sederhana selama 30 minit.
7. Bila dah masak, taburkan bahan hiasan dan hidangkan.





SAMBAL KUPANG

Bahan

500 gm isi kupang
1 labu bawang besar [mayang]
2 s/b sos tomato
minyak
garam
gula

Bahan mesin
20 biji cili kering
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
1 cm belacan [jika suka]
.
Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan emsin sehingga wangi dan garing.
2. Masukkan sos tomato, garam dan gula. Kacau rata. Masakkan sehingga pekat dan naik minyak.
3. Masukkan kupang dan bawang besar.
4. Masakan sehingga bawang layu.
5. Bila sambal naik minyak utup api dan hidangkan.


Quote:
maR ~kalau begitu bicara..silalah jenguk fp ni..atau pun www.hanieliza.tk nanti...
MamaFaMi ~ janganlah gitu..mama ni adalah sumber inspirasi kak liza ...
aureanayz~ kalau kakliza tahu ada orang mengidam nak makan..lama dah kak liza buat dan tepek gambo...


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net