;

By: hanie liza

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 14-Apr-2006 07:24 Email | Share | Bookmark
PUDING MARBLE..PUDING NENAS..

 
 
Buat s2m3r....
hepi trying....




PUDING NENAS

Bahan:

1 peket agar-agar [37 gm]
6 mug air
1 tin buah nenas gelang [asingkan air dan buahnya]
1 tin susu cair
1 1/2 cawan gula
1 cawan tepung kastad
buah ceri merah/hijau

Cara:
1. Masak agar-agar sehingga hancur.
2. Masukkan air buah dalam tin & gula. BIla mendideh tapiskan.
3. Bancuhkan tepung jagung dengan susu cair dan tapiskan. Masukkan dalam adunan agar. Kacau sehingga agak pekat tapi tak perlu mendideh.
4. Susun buah nenas ke dalam acuan. Buatkan dua acuan. 1 untuk atas topi dan satu bekas leper sebapai bawah topi.
5. Apabila agar-agar sudah masak, tuangkan kedalam acuan yang mengandungi nenas dan buah ceri yg disusunkan tadi.
6. Biarkan sejuk dan simpan ke dalam peti sejuk.
7. Bila agar2 telah keras letakkan adunan yg leper dalam pinggan lebar dan baru letakkan adunan mangkuk yg kecil diatasnya.






PUDING MARBLE

Bahan:

1 peket agar-agar [37 gm][rendamkan sebelum merebusnya]
6 mug air
2 cawan gula
1 tin susu cair
1 cawan tepung kastad
1 s/b serbuk koko [bancuh ngan 1 s/b air suam]

Cara
1. Rebuskan agar dengan air sehingga hancur.
2. Masukkan gula. Bila mendideh tapiskan.
3. Bancuhkan susu cair dan tepung kastad dan tapiskan.
4. Masukkan bancuhan kastad dan kacau sehingga agak pekat.
5. Asingkan sebahagian dan masukkan bancuhan serbuk koko dan masakkan sehingga agak pekat.
6. Sendukkan adunan coklat kedalam acuan.
7. Lapiskan [sendukkan] adunan putih [kastad saja] keatas adunan coklat tadi. Biarkan keras sekejap.
8. Buatkan [lapiskan] sehingga semua adunan habis].

NOTA:
Bila nak lapiskan adunan puding ni..
panaskan adunan sambil mengacau supaya puding ini cair sikit..
sebab bila puding terbiar dalam periuk dia akan membeku dan kental...
nanti adunan/lapisan puding tidak cantik..


Quote:

mummy jam ~ kakliza mmg suka buat kurma telur esp. bila ada lebihan telur rebus ..asik buat sambal jer..boring pulak rasanya.. Y not give a try..tak rugi ...

dilla ~ memang ganu terkenal ngan ikan freshnya..kakliza pun dah terikut2 tak mau ikan kalau tak fresh..ngada-ngada la sikit..rasa bertuah pulak bila teringatkan hal ni...

budakbijak ~ TQ for menjenguk fotopages kakliza..harap sudi menjenguknya lagi dan juga mencuba resepi2 yg ada..pilih jer yg sempoi2 tu..pasti tak nyesal....

RosZAin ~ mahaplah bagi adik2 yg takder taucu tu..kkliza mmg sukaaaaa masak taucu ni..tapi anak2 kurang maybe daria wal kurang exposure pada taucu kottt....nanti balik Mesia..beli dan bekal taucu p obersi...

aZeeMaH ~ kalau nak rasa sedap lagi..boleh cuba masak dan jamu kawan2...sure depa nak lagi.dan algi..dan lagiiiiii...

s2m3r ~ wokey..no problem pasai resepi..kakliza akan copy n paste jer dari www.hanieliza.tk
dan not to forget..TQ sebab sudi menjenguk disini..





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net