Want your
own Fotopage?








 
;

By: hanie liza

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 15-Apr-2006 14:35 Email | Share | Bookmark
PISANG...macam-macam pisangggg...



Varieti dan Ciri-ciri PISANG

Berangan

Sebagai makanan segar. Berat tandan dengan 8-12 sisir ialah 12 ?20 kg. Setiap sisir terdapat 12?20 jejari.
Saiz buah antara sederhana hingga besar. Panjang jejari diantara 12?18 cm dengan ketebalan 2.5?3.5 cm.
Kulit buah agak tebal, mudah dipisahkan dan meninggalkan sedikit talian serabut.
Isi pejal, kekuningan oren, wangi dan manis rasanya.

Mas
Berat tandan sederhana, lebih kurang 12 kg dengan 5-9 sisir dan 14-18 jejari sesisir.
Jejari kecil di antara 8-12 cm panjang dan 2-3 cm garis pusat.
Kulit nipis dan berwarna kuning keemasan setelah masak keseluruhannya.
Isi pejal, kuning keemasan, harum kewangian dan sangat manis. Pisang Mas merupakan satu kultivar komersial.

Cavendish

Antara jenama yang ditanam ialah Montel, Comel, Cabana dan Sun King.
Berat setandan melebihi 20 kg dan 15-25 sisir.
Jejari berukuran di antara 15-22 cm panjang dan garis pusat 3.5-4.0 sm.
Kulit buah tebal dan mudah tanggal dari sisir dan berwarna kuning setelah dibuat rawatan pemasakan dengan suhu rendah.
Isinya berwarna putih pekat, bertekstur halus dan lembut, manis dan berbau wangi.

Embun
Untuk hidangan segar. Berat setandan ialah 20-40 kg, 10-25 sisir setandan dan 14-25 jejari sesisir.
Panjang jejari 15-20 cm dan besar dia antara 3.5-4.0 cm garis pusat. Kulit buah licin dan kuning apabila masak. I
sinya berwarna krim. sederhana pejal, berbau sedikit harum dan rasanya manis.

Rastali

[gambar ehsan dari Kacip_Fatimah,,forum cari.com.my]
Sesuai untuk hidangan segar. Berat tandan antara 10-18 kg dengan 5-9 sisir. Sebanyak 12-16 jejari setiap sisir.
Kulit berwarna kuning terang setelah masak dan mudah tanggal. Panjang jejari 10-15 cm dan 3-4 cm garis pusat.
Kulit buah sangat nipis tetapi mudah dikupas, berwarna kuning terang setelah masak.
Isinya lembut, berwarna putih, rasanya manis dengan sedikit rasa masam dan kelat jika belum masak sepenuhnya.

Lang
Sesuai untuk digoreng. Berat tandan 7-10 kg dan terdapat 2 sisir dengan 7-10 jejari.
Jejari ukuran 25-35 cm panjang dan 6-7 cm garis pusat. Kulitnya tebal dan berwarna kuning setelah masak.
Isi berwarna krim dan bertukar kepada warna oren setelah masak digoreng. Rasanya manis dan enak dimakan.

Nipah

Hanya untuk digoreng. Berat tandan antara 15-28 kg dengan 12-18 sisir dan setiap sisir terdapat 12-20 jejari.
Jejari bersegi, pendek dan padat. Kulit tebal dan berwarna kuning setelah masak.
Panjang jejari di antara 10-15 cm dan 3-5 cm garis pusat. Isi berwarna krim putih dan bertekstur halus.
Setelah digoreng manis rasanya.

Raja

Boleh dimakan segar atau dimasak. Berat tandan 10-15 kg dengan 6-9 sisir. Setiap sisir terdapat 12-16 jejari.
Panjang jejari 15 sm dan 3-4 cm garis pusat. Kulit tebal, berwarna kuning setelah masak dan mudah dikupas.
Isinya berwarna krim oren dengan bertekstur kasar.

Nangka

Berat tandan 12-14 kg dengan 6-8 sisir. Setiap sisir terdapat 14-24 jejari.
Jejari bersegi dan memanjang dengan saiz jejari sederhana hingga besar.
Isinya krim putih bertekstur halus, lembut dan masam-masam sedikit rasanya.

Awak

Dimakan segar atau dimasak sebagai sajian. Berat tandan ialah 18-22 kg dengan 8-12 sisir. Setiap sisir 10-16 jejari.
Panjang jejari ialah 10-15 cm dan 3-5 cm garis pusat. Kulitnya tebal dan isinya putih keras dan melekit.
Kadang-kala kultivar ini mempunyai biji.
sedap digoreng...

Putar atau Kapas

sedap dibuat jejemput atau lepat..
kalau mentah/muda kakliza suka buat gulai ciliapi..masaklemak buh daun kunyit..atau masak dalca pun orait gak..

Tanduk

Antara pisang yg terbesar sainya..
Selalunya pisang ni sedap dimakan apabila digoreng atau buat pengat..

antara kueh yg dibuat daripada pisang...

Apam Pisang Coklat


Pisang Goreng


Pengat Pisang + Jagung


Jemput-jemput Pisang


Puding Roti served ngan pisang dan eskreim

ada banyak lagi citer pasal pisang nanti kakliza updatekan time ny time..


Quote:

ayusafura ~ boleh juga gunakan udang kering..tpi sebab udang kering mahi..so kalau gunakan ikan bilis..save bajet sikit...hehheheh..dan juga kurang bersin...

maR ~ alahai kesiannya orang baru baik sakit..mungkin mengidam kottt//apa pun kkliza doakan semoga maR cepat embuh sapeti sediakala...InsyaAllah...

pipisue ~ memang sedap sue..nak pulak makan ramai-ramai..memang tak sedar satu besen pun boleh abisss..

Amy ~ Alhamdulillah setakat ni memang kakliza seronok menjalani aktibiti seharian walaupun agak bizi...
Terimakasih atas doa Amy tu...

MamaFaMi ~ alahai Mama..buat jer..jangan takut..jangan putus asa la...
as long boleh makan..kira orait laa...
Jadual harian kkliza memang begitulah..ada jer akitbiti..memang lotih makcik weyyyy...
Wah seronoknya dia bercuti..sempat pulak masuk tenet tu..ni kkira betui2 rindu kat tenet ni...
Jangan lupa tepek gambar nanti..

aureanayz ~ bila ada campuran tepung KFC tu adalah rasa rempah sikit..sedap lah daai adunan tepung biasa tu..cubalah..insyaAllah tak akan menyesal...

dilla ~ bukan saja minum petang..semua masa boleh makan ikan celup tepung tu....

mummy jam ~kalau mummy dekat ngan kkliza memang kakliza kasi..nak banyak mana pun ambik la...
memang banyak..semakin kakliza bagi orang kampung..semakin lebat buahnya..besar2 pulak..kalau manis..sure dah lama kena curi sebab pokok tu tepi pagar dan rendang pulak pokoknya...Alhamdulillah rezeki dari Allah...

F&Z ~ kakliza suka lagu sentimental gitu.. sejuk jer telinga..
mahaplah..resepi tu kkliza nampak bila dah tulis komen tu...hahhahahh
nanti kakliza akan buat jugak..insyaAllah...


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net