;

By: hanie liza

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 17-Apr-2006 11:28 Email | Share | Bookmark
LAKSA SARAWAK..percubaan pertama...

 
semalam kka liza mendapat parcel dari shida aziz [forum cari.com.my] yg mengirimkan pes laksa sarawak..
kakliza mmg teringin nak mencuba masak..so dengan tidak membuangkan masa..arini kakliza pun menyediakan bahan untuk membuatkan percubaan pertama dalam hidup ni..




LAKSA SARAWAK

Bahan

1 bungkus [500 gm ] bihun [rendam dan celurkan dengan air panas. Toskan]
300 udang [rebus dan toskan]
2 keping dada ayam [siatkan]
1 batang timun [ sagat halus - macam laksa penang]
1 cawan togeh
3 biji telur [buat dadar dan hiriskan halus]
3 biji cili merah [hiriskan]
10 biji limau [belah 2 dan buangkana biji]
2 pokok daun ketumbar [hiris halus]

Bahan Kuah
3 ulas bawang merah ]
2 uals bawang putih ] mesinkan halus
10 tangkai cili kering ]
2 batang serai [ketuk]
1 cm lengkuas [ketuk]
3 s/b pes laksa sarawak
2 cawan santan pekat
5 cawan santan cair
1 cawan air rebusan udang
minyak
garam

Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin halus dan serai sehingga wangi dan naik minyak.
2. Masukkan pes laksa dan kacau rata.
3. Masukkan air rebusan udang dan santan cair juga ayam. Biarkan sehingga mendideh.
4. Masukkan santan pekat dan didehkan sehiingga naik minyak dan pekat.
5. Rasakan garam dn tutup api.
6. Keluarkan ayam dan siatkan isinya saperti ayam soto.
7. Hidangkan saperti dalam gambar.


Nota; Kakliza tidak rebus taugeh kerna mahukan kerangupan taugeh.



Quote:

nzh1979 nzar1979@yahoo.com ~ TQ kerana nak memberli buku kakliza..
yes memang kakliza baut bku tu ngan penerbit akar21..
cheesecake tu kak liza gunakan serbuk agar-agar..
memang kalau gunakan serbuk jelli dia akan lembek..tak kan beku..
kalau nak gunakan gar-agar panjang tu.maybe amik dalam 5 gram jer..bukan silap yogurt..so nampaknya kena buat lagi laaaa tu...

fadzliali ~ jomlah kita cuba buat...tapi menyelerekan kalau dah ada depan mata...

izzainur ~ TQ izzainur..semoga u dapat membeli buku ni nanti..

eena ~ kak liza rasa resepi Talam Gula Merah tu ada kat page 31..

huda ~ TQ hud sebab belikan buku ni untuk mak huda.. semoga mak huda gembira mencuba resepi kakliza...

mummy jam ~ TQ..kak liza rasa kat S'pore tak der la..sebab so far org S'pore mmg order dari kak liza..


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net