;

By: hanie liza

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 20-Apr-2006 12:00 Email | Share | Bookmark
Bihun Singapore

 
pagi ini kak liza ada majlis Maulidur Rasul di Surau yg selalu kak liza kunjungi...kami ada buat beberapa jenis makanan..
so kakliza setuju nak sponsored Bihun Singapore...
kak liza mulai goreng pada jam 8 pagi...
semuanya selesai pack dan kak liza bawa ke surau untuk 70 orang...

fuhhhh...
lega bila dah siap..bayangkan kak liza goreng 5 kg bihun..2 kg daging..1 kg sotong dan segala-galanya dalam quantiti yg banyak..
2 kali goreng dalam kuali besoooooooo...
pastu siap masing2 minta no tepun kalau nak minta buat catering...aduhhhhh...
letih maklongggg weyyyy...nanti tambah bizilaaaa...





BIHUN SINGAPORE

Bahan-Bahan:

600 gm bihun [rendamkan lembut dan toskan]
200 gm daging [hiris nipis dan rebus lembut]
200 gm sotong [hiris kecil]
200 gm kucai [potong pendek]
250 gm kobis [racik halus]
1 batang carrot [sagat ]
3 s/b minyak
garam
air

bahan tumbuk
1 s/b lada hitam
1 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih

bahan hiasan/tabur
1 biji telur [buat dadar dan hiriskan]
2 biji cili merah [mayang halus]

cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk sehinggan wangi.
2. Masukan daging dan kacau rata.
3. Bila nampak masak masukkan sotong, kobis, carrot, garam dan air. Kacau rata.
4. Masukkan bihun. Kacau rata sehingga sebati.
5. Bila nampak bihun lembut masukkan daun kucai.
6. Gaulkan rata sehingga nampak bihun lembut. Rasakan garam.
7. Bila menghidang, taburkan hirisan telur dadar dan cili merah.



[quote]zack ~~ kak liza mmg suka serve bihun ini kat falili sebab senang masak..cepat dan tak pedas...
mummy jam ~~ mmg betui..ada cili jeruk tu yg buat sedap..tapi kak liza suka makan ngan ciliapi kicap pedas tu..
MamaFaMi ~~ kebetulan ada tempahan..tapi kakliza sanggup untuk kecil2 saja sebab buat sensorang jer kannn....
chendana ~~ try..jgnan tak try..semoga berjaya...
[quote]






View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net