Selepas anak2 makan ubat dan keadaan mereka nampak okey..kakliza bercadang menjamu mereka dengan kelainan kerana mereka kurang selera nak makan..
so kakliza pun memulakan gerakan di opis beso kakliza...
AYAM PANGGANG BEREMPAH
bahan 1 ekor ayam 1.5 kg [dibersihkan dan keringkan]
bahan mesin 10 uilas bawng merah
3 ulas bawang putih
3 inci halia
3 batang serai
2 sudu besar rempah kurma
2 s/b gula
1 s/b minyak
garam
Cara: 1. Gaulkan semua bahan dan perapkan bersama ayam untuk beberapa jam.
2. Bakarkan dalam suhu 200'C selama 1 jam.
3. Hidang dengan coselow, sos lada hitam dan sayuran salad
COSELOW
Bahan [racik halus] 1 biji kecil kobis manis
1 batang carrot kecil
Sos [gaul rata] 1 cawan mayonis
2 s/b cooled water
1 s/k lada hitam
1 s/b jus limau kasturi or lemon
Cara 1. Gaulkan semua bahan dan sejukkan beberapa jam sebleum dihidangkan dengan ayam.
SOS LADA HITAM
Bahan 1 bawang besar [didadu]
2 bawang putih [dicincang]
4-5 sudu besar lada hitam [kisar]
2 sudu besar tomato sos
2 sudu besar kicap
1 cawan air rebusan tulang ayam/daging [boleh gantikan dengan serbuk pati]
1 sudu besar tepung jagung bancuh ngan 1/2 cawan sikit
garam dan sedikit gula
minyak untuk tumis
Cara 1. Tumis bawang & bawang putih sampai layu.
2. Bila sudah agak wangi, masukkan air rebusan tulang ayam.
3. Bila dah pekat masukkan tomato sos, lada hitam, kicap dn tepung jagung.
4. Kacau sebati dan masak mengikut kepekatan sos yg dikehendaki
perisakan garam n gula secukup rasa.
so inilah hidangan dalam pinggan...
Quote:
maR ~ daun kaduk tu kira amcam hutan kat belakang rumah kak liza..memang banyak dan segar
MamaFaMi ~ kalau tak nampak no. keter kakliza sajalah mata tu nak ekna jumpa doktor..
mmg best apple muffin tu..tak manis tapi cantik...tak rugi mengadun subuh2 adam tu... juta-juta lemon TQ pada Zack...
mummy hamim2 ~ jom kita cuba..jangan tangguhkan projek baik ni...
Assalamualaikum, saya selalu mencari resepi di sini. Terima kasih tuan rumah. Sekarang tgh galakkan anak dara utk belajar masak. Untung ada orang rajin mcm hanieliza.