;

By: hanie liza

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 25-Apr-2006 01:43 Email | Share | Bookmark
SOMTAM [Kerabu Betik]

 
Terliur dengan kesedapan SOMTAM ni ..maka kakliza terpaksa menjolok buah mangga yg sedang berbuah lebat di pokok kak liza kat umah.. so hasilnya...



SOM TAM [KERABU BETIK]

Bahan

1 biji kecil betik mengkal [warna jingga/merah-oren]
1 biji mangga muda
3 batang kacang panjang [racik]
5 helai daun salad
2 kuntum bunga kantan [racik halus]
8 tangkai cili padi [racik halus]
2 tangkai cili merah [racik halus]
1 s/b udang kering [ditumbuk kasar ]
5 s/b kacang tanah goren tnpa minyak [ditumbuk kasar]
3 labu kecil bawang besar [mayang]
2 pokok daun ketumbar [,ayang]
2 sudu besar sos ikan
gulla secukup rasa
5 biji limau kasturi - ambil jusnya

Cara:
1. Betik dan mangga dibuangkan kulit dan racik memanjang.
2. Satukan sos ikan, gula dan jus limau nipis. Kacau rata.
3. Campurkan betik, mangga, kacang panjang, tomato, cili padi, udang kering dan kacang tanah gaul hingga rata.
4. Kiranya kurang masin boleh ditambah garam kerana sos ikan sudah masin.
5. Alaskan pinggan dengan daun salad, isikan som tam dan makan segera.

NOTA..tak perlu tambah garam kerana sos ikan ni masin...


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net